Streram janji bina balai bomba tapi balai bomba sudah ada


Manifesto nak bina balai bomba, tapi balai bomba sudah ada. Buat lawak ke apa ni?

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRK DUN Rantau, Dr S Streram berjanji akan membina sebuah balai bomba sekiranya beliau memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau nanti.



Dr Streram berkata, beliau kecewa dengan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan kerana gagal menyediakan kemudahan asas di DUN tersebut walaupun menjadi wakil rakyat di situ sejak 2004 lagi.

“Saya akan selesaikan masalah yang gagal diselesaikan oleh bekas Menteri Besar sejak 15 tahun lalu iaitu membina satu balai bomba,” katanya dalam satu rakaman video.



Bagaimanapun, janji Dr Streram itu dilihat sukar untuk dilaksanakan kerana Rantau memang sudah ada balai bomba yang dibina sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN) dahulu.

Ini sekaligus menimpulkan persoalan di kalangan netizen adakah Dr Streram benar-benar mahu membina balai bomba atau dia hanya cakap lepas dari mulut sahaja. - CempedakCheese



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]










Streram janji bina balai bomba tapi balai bomba sudah ada Streram janji bina balai bomba tapi balai bomba sudah ada Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 14, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...