Spekar Nga Kor Meng panas dengan KJ panggil Taliban



Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) hari ini memperlekehkan kemahiran pemahaman timbalan speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming dan memanggilnya sebagai "Taliban".

Ini selepas Nga yang menyoal apa sebenarnya soalan Khairy semasa wakil BN itu dipanggil untuk mengemukakan soalan susulan kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang menjelaskan mengenai pemberian bantuan Bantuan Sara Hidup (BSH).



Sejurus itu, Khairy menuduh kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil keputusan bermotif politik untuk memperkenalkan semula pemberian wang tunai RM100 kepada mereka yang berstatus bujang pada kempen pilihan raya kecil Semenyih lalu.

“Saya nak tanya menteri disebabkan digunakan alasan tak ada duit tetapi ada pula rang undang perbekalan (sebanyak) RM9 bilion.



“Mungkin sempena PRK DUN Rantau ini akan diumumkan BSH untuk bujang ini dinaikkan kepada RM450 seperti (yang diberikan) di bawah BN dahlulu,” katanya.

Nga kemudiannya bertanya apa sebenarnya soalan yang dicuba dikemukakan oleh Khairy.



Speaker Nga: YB Rembau, apa soalan?

Khairy: Adakah sempena dengan PRK Rantau, ada masalah komprehensi, Taliban?

Speaker Nga: YB Rembau, tarik balik.

Khairy: Tarik balik mana?

Speaker Nga: Taliban.

Khairy: Saya tarik balik. Ada masalah komprehensi, speaker?

Speaker Nga: Inilah dia...bila kita nak pastikan dewan ini berjalan dengan lancar tapi ada buat provokasi saya rasa kesal. Ini sikap tidak patut kita belakjar.



Nga seterusnya meminta Lim meneruskan penjelasannya itu.

Istilah "Taliban" merujuk kepada kenyataan Naga yang juga adalah pengerusi DAP Perak yang mendakwa bahawa Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan yang ditadbir Taliban jika Umno dan PAS membentuk kerajaan.



Mengulas soalan Khairy, Lim berkata bahawa rang undang-undang perbekalan tambahan yang dirujuk itu adalah untuk belanjawan tahun lalu.

“Saya rasa Rembaau, akta perbekalan tambahan YB Rembau sebagai ahli parlimen berpengalaman ini bukan untuk perbelanajan tahun ini.



“Ini untuk tahun lepas macam mana boleh digunakan untuk tahun ini, saya Rembau buat sikit homework (kerja rumah),” kata Lim.

Beliau juga menegaskan bahawa keputusan kerajaan tidak berkaitan dengan pilihan raya dan sebarang kenaikan dalam pemberian BSH untuk mereka yang berstatus bujang bergantung kepada kedudukan fiskal kerajaan dan keputusan kabinet.



Semalam, kerajaan membentangkan satu rang undang-undang perbekalan tambahan untuk perbelanjaan pembangunan bernilai RM15.5 bilion dan RM4.13 bilion untuk perbelanjaan mengurus untuk Bajet 2018. - MK



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]



ARTIKEL BERKAITAN:

Spekar Nga Kor Meng panas dengan KJ panggil Taliban Spekar Nga Kor Meng panas dengan KJ panggil Taliban Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 28, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...