Sister In Islam terima dana RM30k dari kerajaan PH



Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Hannah Yeoh semalam telah mengumumkan peruntukan RM30,000 untuk Sister In Islam (SIS).

Perkara itu diumumkan ketika menghadiri program yang dianjurkan oleh pertubuhan itu tentang masalah dari amalan poligami yang berlaku di dalam negara.



SIS merupakan satu pertubuhan berfahaman liberal yang telah difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan fatwa itu ditegaskan terpakai untuk seluruh negara.

Pihak Jakim menyatakan kumpulan ini sangat bersifat liberal. Perkara yang diperjuangkan oleh kumpulan ini bertentangan dengan Al-Quran dan Al-Hadith.



Panel Jakim menasihatkan orang ramai setiap perkara yang dikeluarkan oleh pertubuhan ini perlu diteliti dan rujuk kepada para ulama, guru-guru Agama, Pegawai masjid atau pejabat Agama yang berhampiran untuk mendapat penjelasan yang lebih lanjut.

Netizen mempersoalkan kewajaran pemberian dana itu, mengapa dana dari kerajaan perlu disalurkan kepada pertubuhan yang menyebarkan ajaran sesat?



Adakah selepas ini kumpulan ajaran sesat yang lain seperti ajaran Syiah, Al-Arqam, Qadiani, dan lain-lain ajaran sesat akan diberi dana puluhan atau ratusan ribu?

Atau adakah disebabkan kumpulan ini dianggotai oleh anak kepada Perdana Menteri maka mereka layak untuk menerima dana dari kerajaan? – AbuLeman







Sister In Islam terima dana RM30k dari kerajaan PH Sister In Islam terima dana RM30k dari kerajaan PH Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 09, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...