TERKINI: Set Pol PM lari ketakutan dari penduduk PPR


Rupanya datang bukan nak membantu penduduk PPR. Tak selesai pun masalah...

PULAU PINANG 7 Mac - Masalah yang menimpa penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Georgetown hari ini mendapat perhatian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir yang kini berada di Manila menerusi Twitter memaklumkan beliau telah mengarahkan pegawai untuk meninjau masalah yang dihadapi penduduk terlibat.



Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya berkata, dia yakin masalah-masalah tersebut akan dapat diselesaikan dengan segera.

"Pada saya tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan, saya datang dengan kapasiti sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri jadi semua pihak kena faham.



"Saya akan berjumpa dengan semua pihak terlibat iaitu kerajaan negeri, penyewa, Bahagian Perumahan, penduduk dan lain-lain kerana mahu mendapatkan sumber maklumat yang sahih," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjong di sini hari ini.

Bagaimanapun, kira-kira 8 malam selepas Abu Bakar meninjau keadaan penyewa PPR Taman Manggis di perkarangan Komtar keadaan menjadi tegang apabila Abu Bakar gagal menyelesaikan masalah mereka.



Abu Bakar terus melarikan diri dari penduduk PPR dengan muka yang pucat dan terus masuk kereta meninggalkan penduduk PPR yang sebelum itu memberi harapan yang tingi tetapi kini hampa.

Penyewa cuba menyekat kenderaan yang membawa keluar Abu Bakar dari Komtar namun keadaan berjaya ditenangkan dengan kehadiran pihak polis.



Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Shameer Sulaiman yang turut berada di lokasi bagi meninjau keadaan penyewa di situ turut terpaksa dibawa keluar dari kawasan Komtar dengan bantuan pihak polis.

Setakat pukul 10 malam, penyewa masih berkumpul di perkarangan Komtar untuk mendesak kerajaan negeri menyelesaikan masalah mereka. - UO/AbuLeman



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]




ARTIKEL BERKAITAN :

[LIVE] Penduduk PPR dihalau pihak berkuasa Pulau Pinang

Fakta PPR Taman Manggis yang PH sorok dari rakyat

[LIVE] Set Pol PM hadir selesaikan masalah penduduk PPR yang dihalau

TERKINI: Set Pol PM lari ketakutan dari penduduk PPR









TERKINI: Set Pol PM lari ketakutan dari penduduk PPR TERKINI: Set Pol PM lari ketakutan dari penduduk PPR Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 07, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...