'Sepatutnya hari pertama isytihar darurat' – TMJ



KUALA LUMPUR 15 Mac - Keputusan kerajaan untuk tidak mengisytiharkan darurat bencana di kawasan Pasir Gudang mengejutkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berpendapat, darurat sepatutnya diisytiharkan sejak hari pertama lagi.

“Dua ribu orang terkesan tetapi tidak perlu isytihar darurat. Wow... menakjubkan.


“Sepatutnya sejak hari pertama dah isytihar darurat dan pindahkan penduduk ke tempat lain buat sementara. Sampai dapat jaminan ia selamat,” kata baginda melalui siri ciapan dalam Twitter baginda semalam.

Namun, menurut baginda, tidak mengapa sekiranya kerajaan masih tidak mahu mengisytiharkan darurat bencana tetapi kawasan tersebut mestilah dikosongkan segera.


“Tak isytihar tak apa. Tapi sekurang-kurangnya kosongkan kawasan sehingga semuanya stabil dan selamat,” katanya.

Tunku Ismail turut meluangkan masa kira-kira setengah jam malam tadi membuat lawatan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MMPG) untuk meninjau pesakit terlibat dan kelancaran operasi di stadium yang dijadikan tempat rawatan awal itu.


Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga turun padang melawat sendiri kawasan yang terjejas di Pasir Gudang semalam menyatakan kejadian tersebut belum sampai pada tahap yang memerlukan pengisytiharan darurat.

Walau bagaimanapun, menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad semalam, perkara tersebut akan dibawa dalam mesyuarat Kabinet hari ini. - UO



ARTIKEL BERKAITAN :


















'Sepatutnya hari pertama isytihar darurat' – TMJ 'Sepatutnya hari pertama isytihar darurat' – TMJ Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 15, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...