TERKINI: Semua sekolah di Pasir Gudang ditutup serta-merta


Kerajaan Johor PH gagal. Dah lebih 500 pelajar sakit tenat baru nak tutup sekolah.

KUALA LUMPUR 13 Mac - Seluruh sekolah di Pasir Gudang, Johor diarahkan tutup serta-merta berikutan pencemaran toksik yang berlaku di daerah itu sejak seminggu lalu.



Menurut Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, langkah tersebut diambil berdasarkan situasi semasa dan makluman daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan kementeriannya.

“Sehubungan itu 111 buah sekolah diarahkan tutup serta merta berkuat kuasa hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.


“Sehubungan itu, semua murid, guru, kakitangan dan pekerja di semua sekolah-sekolah berkenaan tidak perlu hadir ke sekolah masing-masing sehingga situasi kembali pulih,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook rasmi miliknya sebentar tadi.

Menurut Maszlee,  pihaknya memohon agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.- UO



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]



TERKINI: Semua sekolah di Pasir Gudang ditutup serta-merta TERKINI: Semua sekolah di Pasir Gudang ditutup serta-merta Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 14, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...