Sampai beratur panjang nak selfie dengan bossku



Fenomena 'bossku' rupanya masih lagi terus melanda negara apabila hari ini lawatan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Stulang Laut Johor Bahru mendapat sambutan masyarakat di sana.

Menerusi satu video rakaman siaran langsung di facebook, orang ramai sehingga sanggup beratur semata-mata untuk berselfie dengan bekas perdana menteri itu.



Sambutan yang meriah itu diselangi dengan laungan 'malu apa bossku' yang kini menjadi trend anak muda.

Dikhabarkan dari mereka yang berada di program itu, ramai yang telah menunggu selama beberapa jam untuk melepaskan rindu kepada Ahli Parlimen Pekan itu.



Sebelum itu Najib memenuhi jemputan di Batu Pahat yang turut mendapat sambutan golongan muda yang rata-ratanya pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Najib mula mendapat perhatian rakyat apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang telah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan cara memfitnah itu  memungkiri semua janji-janjinya terhadap rakyat. – AbuLeman



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
















Sampai beratur panjang nak selfie dengan bossku Sampai beratur panjang nak selfie dengan bossku Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 15, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...