Rasmi: Umno, PAS bermusyawarah di PWTC



Hari ini berlangsungnya pertemuan rasmi antara Umno dan PAS bagi membincangkan hala tuju dan garis panduan kerjasama dua parti terbesar Melayu itu.

Mesyuarat perundingan antara dua parti itu diadakan di ibu pejabat Umno iaitu di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.


Pihak PAS diketuai timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man, dan diiringi Ketua Dewan Ulama Mahfodz Mohamed, Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan, Naib Presiden Idris Ahmad, Ketua Pemuda Khalil Abdul Hadi dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Zuhdi Marzuki.

Umno pula diketuai Timbalan Presiden yang kini menjalankan tugas presiden Mohamad Hasan, beserta Setiausaha Agung Anuar Musa, Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob dan Khaled Nordin, Ketua Pemuda Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Wanita Noraini Ahmad.


Beberapa anggota Majlis Tertinggi turut hadir, antaranya Wan Rosdy Wan Ismail (menteri besar Pahang), Zambry Kadir, Khaled Nordin dan Reezal Merican Naina Merican.

Kesemua mereka dilihat tiba di Menara Datuk onn sekitar jam tiga petang.


Pada penggal terdahulu, Umno dan PAS berkata mereka bekerjasama dalam soal membabitkan Melayu dan Islam. Ia dilihat bertambah erat selepas PRU ke-14, terutama dalam beberapa PRK yang diadakan.

Ketika kempen, jentera PAS turut turun padang dan beberapa pemimpin utamanya, termasuk Abdul Hadi Awang, hadir untuk berceramah.


Kerjasama itu dilihat membuahkan hasil apabila dua PRK terakhir, iaitu Cameron Highlands dan Semenyih, berpihak kepada BN.

Semalam, Setiausaha Agung BN Nazri Abdul Aziz membayangkan Umno sedang meninjau jalinan kerjasama yang "kekal" dengan PAS. - MK



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]






Rasmi: Umno, PAS bermusyawarah di PWTC Rasmi: Umno, PAS bermusyawarah di PWTC Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...