‘Ramai lembu akan undi BN’ – Dr Streram



Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Rantau, Dr Streram pernah memuat naik status berbaur penghinaan terhadap pengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Menerusi status Facebook itu, Dr Streram telah melabel pengundi BN sebagai lembu selepas bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bekas Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sebagai salah seorang menteri Kabinet sekiranya BN meraih dua pertiga majoriti undi dalam (PRU14).


Walaupun status yang dimuatnaik itu berlaku sebelum PRU14, ia telah ditularkan semula sejak beberapa hari lalu selepas Dr Streram diumum sebagai calon PH bagi menentang Datuk Seri Mohamad Hasan.

Berikutan itu, Dr Streram telah dikecam oleh netizen yang menyifatkan pakar bius itu tidak mengamalkan politik matang.


Itulah lain kali mulut tu jaga-jaga sedikit. Sebagai ahli politik dan sebagai seorang pemimpin, carilah perkataan yang sesuai untuk diucapkan kepada masyarakat.

Patutlah ramai MPKK DUN Rantau menolak Dr Streram dilantik semula sebagai calon. Perangai dia memang buruk sejak dari awal lagi. – Chacon/AbuLeman



‘Ramai lembu akan undi BN’ – Dr Streram ‘Ramai lembu akan undi BN’ – Dr Streram Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 12, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...