Rakyat tak tahu apa-apa tentang automotif – Tun M



SEPANG: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas pengkritik kereta nasional ke-3, mengatakan mereka tidak mengetahui apa-apa tentang automotif.

Mahathir berkata, terdapat persepsi negatif barmain di fikiran rakyat yang menimbulkan keraguan berhubung rancangan kereta nasional itu.


“Mereka mengatakan tidak perlu mengeluarkan kereta nasional ke-3, kerana ia adalah buruk, ia adalah satu pembaziran wang. Tetapi adakah mereka melihat teknologi yang kita ada?

“Rakyat Malaysia fikir mereka tahu semuanya tetapi mereka tidak. Mereka tidak tahu apa-apa mengenai kejuruteraan automotif,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Festival Asia GT di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.


Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Terdahulu, Mahathir meluangkan masa lebih kurang 1 jam menyaksikan perlumbaan Saga Cup yang terdiri daripada peserta yang menggunakan kereka nasional, Proton Saga untuk berlumba.


Beliau turut memberi contoh kejayaan China terutama dalam industri automotif.

“Lihat kemajuan yang dicapai oleh China sejak sekian lama kerana sikap mereka yang menerima, untuk masuk ke dalam perniagaan automotif,” katanya.


Ketika ditanya mengenai perkembangan status pembangunan di Sungai Pulai yang terletak di Johor, beliau enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak tahu apa-apa,” katanya.


Sebelum ini, FMT melaporkan sebuah padang golf dan projek hotel mungkin dilaksanakan di sebahagian kawasan hutan simpan bakau Sungai Pulai yang popular di Gelang Patah, Johor.

Mengulas isu itu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar dilaporkan berkata perdana menteri sudah dimaklumkan dan “sedar” tentang perkara tersebut.


Xavier berkata, Mahathir meminta Putrajaya untuk melihat semula perkara itu dan meneliti apa yang sedang berlaku serta bagaimana ia dibenarkan.

Namun, katanya, kerajaan persekutuan tidak mempunyai undang-undang untuk membenarkan tindakan terhadap kerajaan negeri mengenai isu tanah. - FMT

Rakyat tak tahu apa-apa tentang automotif – Tun M Rakyat tak tahu apa-apa tentang automotif – Tun M Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 17, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...