Polis buka kertas siasatan 'isytihar perang' Guan Eng



NIBONG TEBAL 12 Mac - Polis telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan yang mana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan kontroversi dan menyentuh sensitiviti kaum.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, setakat dua hari lalu polis telah menerima 58 laporan di seluruh negara berhubung isu berkenaan dan beliau yakin jumlah laporan itu semakin meningkat berdasarkan perkembangan terkini.


“Kita sudah buka kertas siasatan berhubung perkara ini selepas laporan polis dibuat minggu lalu.

“Kita akan panggil (Guan Eng) bila tiba masanya, buat masa ini saya dimaklumkan belum diambil keterangan, kalau sekiranya perlu pegawai penyiasat akan mengambil keterangan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan (SPS) di sini hari ini.


Pada 6 Mac lalu sebuah portal berita melaporkan kenyataan Guan Eng yang menyifatkan kerjasama antara UMNO dan Pas sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ kepada masyarakat bukan Melayu.

Kenyataan itu bagaimanapun ditukar dengan penukaran frasa ‘pengisytiharan perang’ yang diubah kepada ‘menyasarkan’. - UO


Polis buka kertas siasatan 'isytihar perang' Guan Eng Polis buka kertas siasatan 'isytihar perang' Guan Eng Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 12, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...