PM hairan harga masih naik selepas hapus GST



Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam melahirkan rasa hairan apabila setelah GST dihapuskan, kos terus meningkat, tidak seperti yang diharapkan.

Peningkatan harga itu termasuklah pada sayur dari Cameron Highlands yang dikatakan berharga 50 sen sekilogram boleh meningkat menjadi RM7 sekilogram apabila sampai di tempat penjualan.


Kenyataan itu dipetik oleh Berita Harian di halaman Facebook portal berita kawalan KERAjaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak mungkin berita tipu.

Susulan daripada itu, kenyataan itu juga mengundang komen berbaur sindiran dari bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.


"Tak mungkin ini.

"Kan Menteri Kewayangan dan beberapa menteri PH lain dah ulang beberapa kali bahawa harga barang sudah turun selepas GST dihapuskan?


"Teringat balik laungan propaganda mereka sebelum PRU14.

"Harga akan turun dan rakyat akan senang selepas GST dihapuskan." dipetik dari facebook Najib Razak yang sehingga kini mendapat lebih 16,000 tanda suka dan telah dikongsi 882 kali oleh netizen. - AbuLeman


PM hairan harga masih naik selepas hapus GST PM hairan harga masih naik selepas hapus GST Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 26, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...