PM dimalukan di #LIMA2019, kereta terbang rupanya drone



LANGKAWI – Setelah menerima pelbagai maklum balas berbaur positif dan tidak kurang dipersendakan beberapa pihak dengan idea keperluan negara membangunkan kereta terbang, akhirnya Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof membuktikan ia mampu direalisasikan.

Kesungguhan beliau itu dibuktikan apabila menampilkan prototype air mobility dikenali sebagai Vector yang merupakan hasil rekaan syarikat tempatan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) di Langkawi semalam.



Ia dibangunkan secara design dan engineering oleh Aerodyne Sdn. Bhd. yang menyediakan perkhidmatan penyelesaian berintegrasi berasaskan dron.

“Reka bentuk Vector yang dibangunkan khas ini dilihat bakal menjadi penanda aras dalam pembangunan ‘aerocar’ (kereta terbang) pada masa hadapan.



“Ini sedikit sebanyak menyuntik semangat syarikat tempatan untuk bersaing dalam pasaran teknologi antarabangsa selain membuktikan anak tempatan juga boleh berjaya dan bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Malah usaha Mohd. Redzuan itu mendapat maklum balas positif daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang hadir melihat sendiri ‘prototype air mobility’ yang terletak di Pavilion Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) pada pameran LIMA tersebut.



Perdana Menteri yang diiringi oleh Mohd. Redzuan meluangkan masa lebih 20 minit di Pavilion MED yang turut menempatkan 12 usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam bidang pembuatan industri dan aeroangkasa.

“Langkah berani yang dilakukan anak tempatan dalam bidang pembangunan aeroangkasa hari ini merupakan antara visi dan usaha penting bagi memastikan langkah Malaysia seiring dengan negara maju lain di rantau Asia Pasifik,” kata Dr. Mahathir.



LIMA’19 kali ini menyaksikan penyertaan sebanyak 406 syarikat berkaitan pertahanan dan entiti komersil dari 32 negara melibatkan 206 syarikat tempatan dan 200 syarikat antarabangsa.

Edisi ke-15 LIMA kali ini dianjurkan bersama EN Projects (M) Sdn. Bhd., Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan. - UO



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Kereta terbang yang direka oleh rakyat Filipina di belakang rumahnya pada tahun 2018. Tak perlu tunggu 2020 pun.

























PM dimalukan di #LIMA2019, kereta terbang rupanya drone PM dimalukan di #LIMA2019, kereta terbang rupanya drone Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 27, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...