Peserta himpunan LGBT, cucu Mahathir 'cacat' – Mufti Perlis



Media semalam melaporkan lebih 1,000 orang dikatakan menyertai perhimpunan berkenaan bermula berhampiran pusat beli belah Sogo sebelum kumpulan berkenaan berarak ke Masjid Jamek.

Difahamkan, ia disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Women’s Aid Organization (WAO), Sisters In Islam (SIS) dan aktivis serta pelajar.


Mufti Perlis, Datuk Dr Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata sebagai manusia biasa mereka memang berhak berkumpul untuk mempertahankan hak mereka, selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan naluri insani.

“Manusia biasanya berkumpul dan melaungkan perasaan untuk menuntut hak yang Tuhan berikan tapi telah dicabuli atau mencari kebaikan demi membela fitrah insani. Malangnya bagi golongan songsang, mereka berhimpun dan menjerit menuntut supaya kesongsangan hidup mereka diiktiraf.


“Mereka bukan sahaja mendedahkan keaiban diri mereka bahkan mendedahkan betapa mereka itu ‘cacat’, mencacatkan fitrah.

“Perarakan seperti itu bukan sahaja menghairankan manusia yang menuruti fitrah yang Allah tetapkan, tapi ia juga boleh ‘menghairankan’ alam haiwan yang sentiasa berada atas ketetapan ciptaan Tuhan,” katanya dalam entri terbaharu menerusi laman Facebooks rasminya Dr Maza.com hari ini.


Dr Mohd Asri berkata demikian ketika mengulas perhimpunan haram bermula berhampiran pusat beli belah Sogo, Kuala Lumpur sebelum berarak ke Masjid Jamek untuk menuntut supaya golongan LGBT diberikan sama rata seperti rakyat Malaysia lain.

Sementara itu hari ini netizen menyelar kenyataan yang dibuat oleh anak kepada Menteri Besar Kedah Dato' Seri mukhriz Mahathir yang memuji dan memberikan harapan untuk turut serta berhimpunan di himpunan LGBT.


Melia Serena Mukhriz yang juga merupakan cucu kepada Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesenangannya terhadap perbuatan songsang kelompok itu di akaun instagram miliknya dengan kapsyen tambahan 'so powerful n brave' bersama gambar himpunan LGBT semalam.

Netizen mempersoalkan Serena yang sebelum ini menghina perhimpunan ummah yang membantah ICERD dengan hinaan himpunan jijik dan penyebab kepada kegagalan wawasan 2020 tetapi pada hari ini memuji himpunan LGBT yang sudah jelas lagi terang haram dan dilaknat Allah.


Anak Datin Paduka Marina Mahathir yang dikenali sebagai Ineza Roussille yang sememangnya sangat aktif memperjuangkan hak-hak LGBT di dalam negara juga turut dilihat menghadiri himpunan itu melalui gambar-gambar yang tular.

Terdahulu Ineza Roussille turut dilihat menghadiri beberapa himpunan yang lain dengan memegang sepanduk mempertahan kebebasan golongan yang telah dilaknat Allah sejak zaman Nabi Lut itu. – AbuLeman


Hantaran Instagram yang dibuat anak Menteri Besar Kedah Dato' Seri Mukhriz  yang juga cucu kepada Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad



Anak Datin Paduka Marina yang juga cucu kepadaPerdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikenali sebagai Ineza Roussille




























































Peserta himpunan LGBT, cucu Mahathir 'cacat' – Mufti Perlis Peserta himpunan LGBT, cucu Mahathir 'cacat' – Mufti Perlis Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 10, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...