Penjawat awam, jabatan dan aset akan diswastakan – Tun M



Rupanya ini bukan lagi dipanggil pecat dari kerajaan.

Tetapi dipindah ke pihak swasta bersama aset dan jabatan kerajaan.

Penjawat awam bukan dipecat tetapi diswastakan.


Dulu Tony Pua sudah bagi amaran bahawa penjawat awam adalah beban mati dan patut dikurangkan.

Ramai tak percaya masa itu. - Najib Razak


Putrajaya kaji kaedah pindah penjawat awam ke syarikat swasta

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedang mengkaji kaedah sesuai mengurangkan jumlah penjawat awam yang terlalu ramai dengan memindahkan mereka ke sektor swasta.

“Kita sedang meneliti untuk tentukan apabila kehilangan jawatan dalam kerajaan, apakah mereka dapat pindah kepada pihak lain di swasta,” katanya di lobi Parlimen hari ini.


“Ada beberapa jabatan dalam kerajaan seperti mana kita lakukan kepada Telekom dulu. Kita pindah, jadikan Telekom swasta dan kita pindahkan pekerja-pekerja, ini pilihan mereka.”

Perdana menteri berkata, kerajaan menyediakan pilihan kepada penjawat awam untuk berpindah ke syarikat swasta.

“(Misalnya) kalau mereka nak masuk Telekom semua boleh atau nak kekal dalam kerajaan juga boleh, tetapi ada syaratnya.


“Kalau dia nak kekal dalam kerajaan, dia kena terima gaji dalam kerajaan, tetapi kalau dia lihat gaji dalam Telekom lebih tinggi, dia tak ada hak.”

Pada 21 Februari lalu, Mahathir dilaporkan berkata, penjawat awam di negara ini terlalu ramai dan ia perlu dikurangkan dengan digantikan teknologi maklumat serta komputer.

Katanya, 1.7 juta penjawat awam ketika ini menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan besar.


Terdahulu, Mahathir dalam Dewan Rakyat berkata, dasar penswastaan nasional yang berusia 36 tahun masih relevan untuk menangani masalah penjawat awat terlalu ramai.

Melalui dasar yang diperkenalkan pada 1983 itu, katanya, kerajaan antara lain berjaya mengurangkan beban kewangannya, meningkatkan pertumbuhan ekonomi, kecekapan dan produktiviti kerja serta memastikan pengagihan sumber secara cekap.

Beliau memberi contoh penswastaan Telekom, di mana kakitangannya dipindahkan ke sebuah syarikat swasta yang menyaksikan pengurangan jumlah penjawat awam dan gaji lebih baik bagi pekerja.


Katanya, kerajaan sedar pengurangan jumlah penjawat awam akan menimbulkan masalah pengangguran yang seterusnya menyebabkan masalah sosial.

“Ini sebabnya kita perlu membangunkan, contohnya, industri pembuatan supaya lebih ramai boleh beralih daripada bekerja dengan kerajaan ke sektor swasta.”

Beliau berkata, ia mampu meningkatkan produktiviti mereka berbanding menjadi penjawat awam.


Calon PH di Rantau 

Mahathir mempertahankan calon Pakatan Harapan di Rantau, Dr Streram Sinnasamy daripada isu hutang.

“Kalau itu langgar undang-undang dan kerana itu dia tak layak jadi calon, kita takkan letak dia sebagai calon.

“Tetapi, setakat kita tahu, walaupun ada hutang, masih boleh jadi calon. Kalau jadi bankrap, tak bayar hutang, itu tak boleh jadi (calon).”


Pembebasan Siti Aisyah dalam kes Jong Nam

Mahathir berkata, tertuduh dari Indonesia, Siti Aisyah dilepaskan daripada pertuduhan membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam berdasarkan proses undang-undang.

“(Pihak pendakwaan) Ada hak untuk tarik balik dan itulah yang dilakukan. Saya tak tahu secara ‘detail’ sebab-sebabnya, tetapi memang pun di Malaysia boleh tarik balik dakwaan itu.”


Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas tanpa membebaskan Siti Aisyah daripada pertuduhan membunuh Jong Nam dengan cecair VX, senjata kimia yang diharamkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada Februari 2017.

Peguam negara dalam sepucuk surat pada 8 Mac lalu menyatakan Malaysia bersetuju dengan permohonan Indonesia untuk menggugurkan dakwaan terhadap Siti Aisyah. - FMT

Penjawat awam, jabatan dan aset akan diswastakan – Tun M Penjawat awam, jabatan dan aset akan diswastakan – Tun M Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 12, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...