Penghina Nabi menangis selepas ditangkap orang ramai



KUALA LUMPUR 7 Mac – Polis menahan seorang lagi lelaki selepas dipercayai memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan berkata, lelaki berusia 28 tahun terbabit ditahan semalam.



“Suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini,” katanya.



Mohamad Fuzi dalam kenyataan itu turut menasihati orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi degan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman sehingga membangkitkan ketegangan kaum dalamkalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Sementara itu, dua rakaman video dipercayai suspek dipaksa mengaku dan memohon maaf oleh orang ramai tular sejak semalam.



Video masing-masing berdurasi 29 saat dan tiga minit 15 saat itu menunjukkan suspek mencangkung di atas sebuah tong dram dan disuruh membuat pengakuan berhubung penghinaan terhadap agama Islam serta Nabi Muhammad SAW.

Suspek dipercayai memuat naik status tersebut di laman Facebook “Danny A’antonio Jr.” dengan menggunakan kata-kata kesat pada Januari lalu sebelum tular di media sosial baru-baru ini. – UO








[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]







Penghina Nabi menangis selepas ditangkap orang ramai Penghina Nabi menangis selepas ditangkap orang ramai Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 07, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...