Pengendali portal berita wajib pantau semua komen


Kalau admin portal delete komen yang hina agama, bila pesalah akan dihukum? Macam tak bijak je.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata pihaknya sedang mempertimbangkan keperluan mengambil tindakan terhadap portal berita yang membiarkan pembaca meninggalkan komen yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja.


Katanya, sekiranya pengendali portal seumpamanya tidak memantau komen seperti itu, ia boleh menyebabkan kemarahan dan masalah yang lebih besar.

"Saya terima banyak aduan daripada masyarakat dan mereka mengatakan kelihatan seolah-olah tidak ada sebarang pemantauan oleh pengendali portal tentang apa yang dikeluarkan di bahagian komen portal mereka.


“Saya dalam proses menimbang sama ada perlu atau tidak satu undang-undang digubal untuk aspek itu tetapi ia masih perkara dalam pertimbangan, belum dibawa ke (mesyuarat) kabinet lagi,” katanya, seperti dipetik Bernama.

Gobind berkata demikian kepada pemberita di lobi parlimen hari ini ketika mengulas titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Dewan Rakyat ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14 yang bermula hari ini.


Antara lain, Sultan Abdullah bertitah mahu tindakan tegas diambil terhadap perbuatan yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara termasuk penggunaan media sosial secara tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Gobind berkata pengendali portal berita perlu berhati-hati dan bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan bahagian komen portal mereka tidak mengundang masalah.


“Kita dengar apa yang disampaikan Seri Paduka cukup jelas bahawa kita faham di era ini kita bergantung kepada media sosial, tetapi dalam masa sama, pada setiap masa kita perlu beri keutamaan kepada perpaduan negara dan keselamatan negara,” katanya.

Ahli parlimen DAP itu berkata kementeriannya sudah menyediakan beberapa pindaan undang-undang yang diharap dapat dibentangkan dalam sesi parlimen kali ini.


Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan perincian lanjut berhubung perkara itu.

“Saya harap saya ada masa dalam sesi ini untuk bentangkan pindaan itu. Saya akan umumkan pindaan-pindaan itu kepada masyarakat awam sekiranya ia dapat dibentangkan nanti,” katanya. - MK

Pengendali portal berita wajib pantau semua komen Pengendali portal berita wajib pantau semua komen Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 11, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...