Peneroka lega terima bantuan RM5,000



KOTA TINGGI: Seramai 360 peneroka FELDA di kawasan Parlimen Pengerang lega apabila tetap diberikan bantuan sebanyak RM5,000 walaupun mereka kini mengusahakan sendiri tanaman kelapa sawit.

Penerima, Rozaikee Mariah, 37, berkata walaupun tidak lagi berhutang dengan FELDA untuk menanam semula kelapa sawit, semua penerima bantuan menjual hasil tanaman kepada FELDA.


Katanya, ia berbeza dengan beberapa peneroka yang bukan sahaja tidak mengambil skim tanaman semula FELDA, malah menjual hasil tanaman ke kilang lain.

"Saya sebagai anak peneroka FELDA Air Tawar 5, berterima kasih kepada kerajaan yang memberikan bantuan RM5,000 ini kepada kami.


"Saya mewakili bapa yang menghidap angin ahmar, Mariah Ahmad, 80, menerima wang tunai RM5,000 sama seperti beberapa peneroka lain.

"Selain itu, ada peneroka menerima bantuan dalam jumlah sama tetapi ditolak hutang mereka dengan koperasi kerana kebanyakan peneroka yang menanam semula pokok kelapa sawit akan mengambil bahan mentah dan makanan secara kredit," katanya.


Majlis Penyampaian Cek Peneroka FELDA Sifar Hutang Peringkat Parlimen Pengerang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Saidi Dewan FELDA Air Tawar 5, di sini, hari ini.

Rozaikee berkata, bantuan itu dapat meringankan beban keluarga, terutama untuk membeli pelbagai barangan keperluan ibu bapanya yang uzur.


Katanya, sebagai generasi kedua FELDA dia dan rakan bersyukur kerana keluarga diberi peluang meneroka kawasan itu pada 1970-an.

"Kawasan rancangan FELDA mempunyai pelbagai kemudahan dan Alhamdulillah, kami berpeluang mendapatkan pendidikan dalam keadaan baik.


"Saya bertugas di Jabatan Perhutanan Negeri Johor di Kota Tinggi dan pada masa sama, tinggal di rumah ibu bapa di sini, sejak mereka uzur beberapa tahun lalu.

"Alhamdulillah, bantuan ini akan digunakan sebaik-baiknya," katanya.


Sementara itu, Azalina berkata, seramai 360 peneroka FELDA di kawasan Parlimen Pengerang menerima bantuan berjumlah RM1.8 juta.

"Ia membuktikan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) pada peneroka FELDA.


"Saya berharap peneroka terus memberi sokongan kepada kerajaan BN kerana selama ini, kami (BN) sangat adil kepada semua peneroka di negara ini," katanya. - BH

Diterbitkan pada Sabtu, 14 April 2018, 3:58pm. Nak harap PH bagi? Kena kencing je la.

Peneroka lega terima bantuan RM5,000 Peneroka lega terima bantuan RM5,000 Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 26, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...