Penduduk PPR dihalau terharu disaji menu barbeku



GEORGETOWN: Kumpulan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis yang diusir dari rumah masing-masing sejak Rabu lalu, diraikan dalam program kenduri rakyat, malam tadi.

Program berkonsepkan barbeku itu sebagai simbolik solidariti ke atas nasib malang menimpa keluarga penduduk terbabit yang kini berteduh di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini.


Tinjauan BH mendapati, juadah barbeku itu disediakan bagi 200 hidangan dengan kumpulan penduduk itu turut bertindak sebagai petugas, selain kos keseluruhannya ditaja sepenuhnya individu yang enggan dikenali.

Antara hidangan disajikan pada program yang bermula pada jam 9 malam itu ialah ayam, ikan siakap, sosej dan pelbagai makanan ringan lain.


Malah, hidangan barbeku itu turut disajikan kepada pihak berkuasa yang ditugaskan untuk mengawal keadaan semasa di pekarangan bangunan pentadbiran kerajaan negeri.

Suri rumah, Nazrimah Jamal Abidin, 44, mengakui terharu apabila masih ada pihak yang bersimpati dengan nasib yang menimpa kami selepas diusir dari rumah, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.


Reaksi hampir sama diketengahkan Muhammad Syawal Taib, 17, yang keluarganya kini berdepan kemungkinan diusir ekoran masalah tunggakan sewa.

“Mak yang bekerja di kantin sekolah tak dapat hadir program ini kerana demam, manakala adik perempuan berusia 13 tahun pula kepenatan bekerja seharian di kedai bunga selepas dia diberhentikan sekolah, tahun lalu,” katanya ketika ditemui BH. - BH



ARTIKEL BERKAITAN :

[LIVE] Penduduk PPR dihalau pihak berkuasa Pulau Pinang

Fakta PPR Taman Manggis yang PH sorok dari rakyat

[LIVE] Set Pol PM hadir selesaikan masalah penduduk PPR yang dihalau

TERKINI: Set Pol PM lari ketakutan dari penduduk PPR

[Live] Hari ke-3, penduduk PPR dihalau masih tak dihiraukan pemimpin PH

Pengusiran penduduk PPR tak sah, kata peguam






Penduduk PPR dihalau terharu disaji menu barbeku Penduduk PPR dihalau terharu disaji menu barbeku Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 11, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...