[Live] Hari ke-3, penduduk PPR dihalau masih tak dihiraukan pemimpin PH



Hari ini sudah masuk hari ke-3 selepas penduduk PPR Taman Manggis dihalau dari rumah-rumah mereka. Penduduk masih berada di kaki lima Komtar. Makan dan tidur di sana. Anak-anak tidak dapat bersekolah.

Warga emas, Balkees K M Mohamed Hussan, 64, berkata dia sedih dengan tindakan kerajaan negeri yang mengusirnya tanpa mengambil kira penjelasan dan rayuan dikemukakan.



“Mereka (kerajaan negeri) usir kami dengan alasan saya dan suami masing-masing ada rumah di Sungai Pinang di sini, sedangkan kediaman dahulu sudah dirobohkan untuk pembangunan, pada 2004.

“Saya diberikan unit di PPR Taman Manggis sebagai timbal balas bagi rumah lama yang dirobohkan. Mereka tak semak ke status rumah di Sungai Pinang, sebelum usir kami?



“Saya tak ada rumah, kalau ada buat apa saya duduk di PPR? Sudahlah saya bekerja sebagai tukang cuci dan menghidap pelbagai penyakit... kenapa buat kami seperti ini?” katanya yang ditemui di sini, hari ini.

Suri rumah, Nazrimah Jamal Abidin, 44, mendakwa dia diusir dari PPR Taman Manggis kerana berkahwin dengan warga Indonesia yang tidak mempunyai kerja tetap.



“Saya berkahwin dengan suami (Mohd Kadim Kutnan, 51) kerana saya sakit dan dia yang menjaga kebajikan kami sekeluarga. Malah, suami kini dalam proses mendapatkan status warganegara. Suami saya sudah dapat taraf Penduduk Tetap. Kami sudah kahwin lebih 20 tahun.

“Lebih menyedihkan apabila kami diusir sehelai sepinggang dan dilarang masuk ke rumah walaupun hanya untuk mengambil pakaian dan barangan peribadi,” kata ibu kepada lapan anak itu.



Seorang peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz tampil menjelaskan pengusiran yang dilakukan adalah salah di sisi undang-undang. Pihak berkuasa tidak mendapat kebenaran atau perintah dari mahkamah untuk mengusir dan mengunci pintu rumah penduduk-penduduk.

Dikatakan penduduk akan membuat laporan polis terhadap kerajaan negeri dan mereka yang terbabit dalam pengusiran yang tidak mengikut lunas undang-undang tersebut. - BH/AbuLeman

Akan dikemaskini dari semasa ke semasa



Part 11
[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]



ARTIKEL BERKAITAN :

[LIVE] Penduduk PPR dihalau pihak berkuasa Pulau Pinang

Fakta PPR Taman Manggis yang PH sorok dari rakyat

[LIVE] Set Pol PM hadir selesaikan masalah penduduk PPR yang dihalau

TERKINI: Set Pol PM lari ketakutan dari penduduk PPR

[Live] Hari ke-3, penduduk PPR dihalau masih tak dihiraukan pemimpin PH






















[Live] Hari ke-3, penduduk PPR dihalau masih tak dihiraukan pemimpin PH [Live] Hari ke-3, penduduk PPR dihalau masih tak dihiraukan pemimpin PH Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 08, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...