Penduduk PPR dihalau bukti DAP gagal – Najib



Peristiwa penduduk-penduduk rumah pangsa PPR Taman Manggis dihalau keluar sebenarnya satu bukti kerajaan DAP Pulau Pinang telah gagal untuk membina rumah PPR yang mencukupi walaupun mereka mentadbir di sana selama 10 tahun.

Tetapi ada cerita lagi disebalik peristiwa sedih ini.


PPR Taman Manggis fasa pertama sebanyak 320 unit rumah PPR diluluskan pada tahun 2002 semasa kerajaan BN dan siap dibina pada tahun 2006.

Pada tahun 2003, kerajaan BN telah meluluskan untuk membina 272 unit lagi untuk fasa 2 di atas tapak tanah bersebelahan dengan fasa 1.


Walaupun ada cadangan dari kerajaan BN Pulau Pinang pada tahun 2005 untuk menukar fasa 2 dari rumah PPR kepada kuarters kerajaan tetapi cadangan ini tidak diterima.

Tetapi selepas kerajaan DAP mengambil alih pada tahun 2008, fasa 2 PPR ini dihentikan.


Tanah untuk fasa 2 itu dijual pula kepada pihak swasta pada tahun 2010 dengan harga RM11.5 juta atau RM232 satu kaki persegi - iaitu harga yang murah memandangkan tanah ini berhadapan dengan Jalan Burma yang merupakan salah satu jalan utama.

Pembeli tanah itu ialah boss kepada penjual rumah banglo murah kontroversi kepada ketua menteri Pulau Pinang.


Pada masa itu, ketua menteri Pulau Pinang berkata bahawa penjualan tanah ini ialah untuk merancakkan industri "medical tourism" untuk negeri itu dan kononnya bagi menjana peluang pekerjaan.

Selepas itu, kerajaan DAP pula meluluskan pembinaan sebuah bangunan tinggi dengan 6 tingkat pusat perubatan dan 19 tingkat hotel lengkap dengan kolam renang di atas tapak yang sebelum itu diluluskan bagi pembinaan rumah PPR.


Semasa dijual, surat tawaran tahun 2010 untuk menjual tanah itu kepada pihak swasta mengandungi syarat yang nyata bahawa pusat perubatan dan hotel itu perlu siap dibina di dalam tempoh 3 tahun dari tarikh surat.

Tetapi apa yang saya diberitahu ialah sehingga hari ini - iaitu 9 tahun selepas tanah itu dijual, tidak ada sebarang kerja pembinaan telah bermula di tapak itu - jelas melanggar syarat penjualan.


Kini, tanah itu sangat berharga dan pada tahun 2016, beberapa perjanjian sulit telah terbongkar bahawa ada usaha untuk menjual tanah tersebut dengan harga antara RM48 juta sehingga RM70 juta berbanding harga pembelian RM11.5 juta.

Siapa yang kena halau dari rumah dan siapa yang untung berpuluh juta?


Ianya memang tabiat biasa Menteri Kewayangan kita dari dulu lagi untuk menjual aset dan hak tanah kerajaan.

Berpuluh bilion Ringgit tanah dan hak tanah telah dijual atau ditukar oleh beliau dalam masa 10 tahun beliau menjawat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Siapa sebenarnya jual negara? - Najib Razak

















ARTIKEL BERKAITAN :

[LIVE] Penduduk PPR dihalau pihak berkuasa Pulau Pinang

Fakta PPR Taman Manggis yang PH sorok dari rakyat

[LIVE] Set Pol PM hadir selesaikan masalah penduduk PPR yang dihalau

TERKINI: Set Pol PM lari ketakutan dari penduduk PPR

[Live] Hari ke-3, penduduk PPR dihalau masih tak dihiraukan pemimpin PH

Pengusiran penduduk PPR tak sah, kata peguam

Penduduk PPR dihalau terharu disaji menu barbeku

Kemelut PPR Taman Manggis akhirnya selesai

Penduduk PPR dihalau bukti DAP gagal – Najib Penduduk PPR dihalau bukti DAP gagal – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 12, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...