PAS pula kunjungi pejabat MIC



KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama pimpinannya hari ini mengadakan pertemuan dengan barisan kepimpinan parti MIC.

Lawatan itu dianggap kunjungan balas selepas Presiden MIC, Tan Sri SA Vikneswaran mengunjungi mereka sebelum ini.


“Saya berbesar hati mengunjungi Ibu Pejabat MIC hari ini dan disambut dengan penuh kemesraan oleh YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Vigneswaran bersama kepimpinan tertinggi MIC.

“Saya menghargai keterbukaan yang ditunjukkan oleh Tan Sri Vigneswaran dan berharap agar hubungan ini dapat dieratkan dengan kerjasama yang berterusan, demi kebaikan dan keharmonian semua kaum dalam negara,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan hari ini.


Selepas PRU-14, Pas bukan sahaja bekerjasama dengan UMNO tetapi turut berbaik-baik dengan MIC.

Mungkin selepas ini, atas dasar yang sama, Pas dan MCA juga akan mengambil pendekatan yang sama. - MalaysiaGazette



PAS pula kunjungi pejabat MIC PAS pula kunjungi pejabat MIC Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 28, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...