PAS: Guan Eng berbahaya, PM perlu pecat



PAS hari ini menggesa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk memecat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dari kabinet berikutan dakwaannya bahawa persefahaman Umno-PAS adalah suatu ‘perisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan Melayu di negara ini.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, Mahathir perlu berbuat demikian sebelum keadaan menjadi lebih buruk dan parah.


“PAS melihat kenyataan Lim tersebut amat merbahaya kepada keharmonian, perpaduan dan semua sistem yang ada dalam negara ini.

“Justeru saya menyeru seluruh rakyat yang cintakan keamanan dan kerukunan agar membuat laporan polis terhadap Lim kerana menghasut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Takiyuddin merujuk kenyataan Lim semalam yang menggesa MCA untuk meninggalkan BN memandangkan Umno dan PAS kini bergandingan. Kenyataan itu hanya di keluarkan dalam bahasa Cina.

Menurutnya Umno dan PAS kini "mengisytiharkan perang" kepada masyarakat bukan Islam.


Beliau memberi contoh semasa kempen pilihan raya kecil Cameron Highlands dan Semenyih yang menyaksikan kedua-dua parti itu membuat kenyataan "ekstremis" seperti membidas tindakan kerajaan persekutuan melantik individu bukan Islam sebagai menteri kabinet.

Lim turut mendakwa PAS dan Umno melaga-lagakan antara orang Melayu dan kaum lain.


Walau bagaimanapun, lewat tengah malam semalam, Lim mengeluarkan pembetulan dalam kenyataan asalnya untuk menggantikan perkataan "mengisytiharkan perang" kepada "menyasarkan".

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata PAS menganggap kenyataan Lim sebagai menghasut, bersikap chauvinis dan tidak demokratik.


“Di samping itu kenyataan beliau juga menggambarkan DAP adalah parti ‘anti Melayu-Islam’.

“Sebenarnya kenyataan Lim itu yang merupakan ‘perisytiharan perang’ dengan menekan butang paniknya,” katanya. - MK



ARTIKEL BERKAITAN : Umno-Pas isytihar perang terhadap bukan Melayu – Guan Eng
PAS: Guan Eng berbahaya, PM perlu pecat PAS: Guan Eng berbahaya, PM perlu pecat Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 07, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...