PAC: Nak letak jawatan, dia punya hal lah – Tun M



ALOR SETAR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang meletak jawatan daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) adalah 'hal sendiri'.

"Tak apa, nak letak (jawatan) letaklah, dia punya hal lah," jawabnya ringkas kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan Amanat Khas Perdana Menteri bersama Penjawat Awam Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.


Beliau diminta mengulas tindakan semua Ahli Parlimen pembangkang yang menganggotai PAC hari ini meletak jawatan serta-merta sebagai membantah keputusan mengekalkan pengerusinya kepada wakil kerajaan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan sebagai berkata notis peletakan jawatan kesemua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan PAS yang menganggotai PAC akan dibuat segera. - SH



ARTIKEL BERKAITAN : Semua ahli Parlimen pembangkang letak jawatan PAC
PAC: Nak letak jawatan, dia punya hal lah – Tun M PAC: Nak letak jawatan, dia punya hal lah – Tun M Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 26, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...