Nilai kekayaan Robert Kuok susut RM8.18 bilion


Kroni Mahathir kekayaan susut pun masih tak habis makan 10 keturunan. Rakyat terseksa kerajaan ambil tahu ke?

KUALA LUMPUR 14 Mac - Walaupun Robert Kuok kekal berada di kedudukan individu paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan mencecah AS$12.8 bilion (RM52.34 bilion), namun ia mungkin bukan berita menggembirakan buat mereka.


Ini kerana menurut Forbes yang mengeluarkan Senarai Forbes Orang Kaya di Malaysia, nilai kekayaan 30 orang dalam senarai itu semakin menguncup dengan hanya 11 sahaja menikmati keuntungan.

Sama ada ia melibatkan perniagaan dalam sektor penerbangan hinggalah pembuatan, hartanah dan perkhidmatan penghantaran, kesemuanya tidak memberi sinar yang cerah buat golongan ini kerana pertumbuhan ekonomi berkembang dengan kadar perlahan.


Bagi Kuok, nilai kekayaannnya juga susut AS$2 bilion (RM8.18 bilion).

“Pasaran saham Malaysia juga menyaksikan penurunan apabila FBM KLCI susut lapan peratus sejak 12 bulan lalu dan ringgit pula jatuh tiga peratus berbanding dolar AS. Tahun yang berlaku ketidaktentuan politik ini turut menyumbang kepada keadaan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Paling terjejas ialah Wong Thean Soon yang berada dalam kedudukan ke-48 orang kaya di Malaysia apabila nilai kekayaannya merosot 63 peratus kepada AS$280 juta (RM1.14 bilion) berikutan saham syarikatnya, MyEG Services menerima kesan yang teruk selepas Pilihan Raya Umum ke-14 kerana dikaitkan dengan kerajaan sebelum ini.

Malah, pelabur terbesar dalam syarikat itu, Datuk Dr. Norraesah Mohamad, satu-satunya wanita dalam senarai Forbes itu, juga jatuh daripada kedudukan berkenaan. - UO

Nilai kekayaan Robert Kuok susut RM8.18 bilion Nilai kekayaan Robert Kuok susut RM8.18 bilion Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 14, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...