Mukhriz dilantik Pengerusi MADA


Asyuk..

JITRA 31 Mac - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berkuat kuasa 1 Mac lepas.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, pelantikan Mukhriz dibuat setelah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.


"MADA adalah institusi yang sangat penting dalam pembangunan padi beras negara, pihak kementerian telah membuat beberapa keputusan penting bagi memastikan pembangunan MADA untuk tingkatkan hasil padi negara.

"Sebagai Menteri Besar Kedah kami berpandangan pada masa ini, beliau (Mukhriz) paling sesuai memimpin MADA," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melawat Oblong Burger Manufacturing Facility di Kampung Cherok Mokkan dekat sini, petang ini.


Beliau berkata, pelantikan menteri besar sebagai pengerusi lembaga itu juga dilihat akan dapat mengurangkan isu berkaitan birokrasi di samping mempercepatkan sebarang penyaluran bantuan.

Sebelum ini, Pengerusi MADA ialah Datuk Othman Aziz. - BERNAMA

Mukhriz dilantik Pengerusi MADA Mukhriz dilantik Pengerusi MADA Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 31, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...