Mufti Perlis menyesal sokong PH



Mufti Perlis Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin hari ini memuat naik satu hantaran di halaman facebook miliknya menyindir KERAjaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau yang terkenal dengan panggilan Dr Maza itu menegaskan mengundi Pakatan Harapan untuk mentadbir negara merupakan satu kesilapan besar yang dilakukan oleh rakyat Malaysia.


Dr Maza di dalam hantarannya menggunakan kata-kata kiasan seolah-olah terbit kekesalan di dalam dirinya menjatuhkan kerajaan terdahulu.

"Mentalakkan isteri yang curang walaupun cantik dan pandai memasak bukanlah satu kesilapan. Namun, menggantikan isteri tersebut dengan isteri baru yang amat gagal menguruskan rumahtangga merupakan satu kesilapan.


"Kadang-kala kesan kesakitan perasaan akibat isteri yang tidak tahu dan gagal menguruskan rumahtangga itu hampir sama dengan yang curang. Cumanya pada sudut yang berbeza-beza.

"Apa yang penting, kedua-dua jenis wanita itu tidak wajar diambil sebagai isteri. Demikianlah juga adanya dalam membuang dan menggantikan sesebuah pentadbiran atau pemerintahan." komen Dr Maza.


Warganet memberi reaksi yang kurang senang dengan sikap Mufti Perlis yang sebelum ini kerap menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dengan kutukan dan hinaan sehingga sampai ke tahap menyamakan dengan babi.

"Eh eh eh... Si wasabi ni punyalah berkias-kias bila bab nk sindir KERAjaan Pakatan Harapan ni.


"Zaman DS Najib dulu selamba dia kutuk dan hina kerajaan BN sampai upload karikatur yang gambarkan kerajaan babi.

"Mahathir pegang telor ka? bbb" komen Nabeel Naqie.


"Dia dah sedar kena kencing ngan Atuk Kutty la tu. Sebelum PRU dia la suka angkat sangat Pakatan Haprak balaci DAP," komen Harm Carl Liff Dib.

"Sekali rupanya bekas isteri yang cantik dan pandai masak itu dibuktikan tidak pernah curang, isteri baru yang "bodoh" dan guna sijil tak ori tu ghupernya yg dok lempar fitnah sbb nak kan "kita"..." komen Arif Rafi.


Walaupun ia sekadar kiasan, mentadbir negara tidaklah sama dengan menguruskan sesebuah keluarga. Pun begitu kiasan itu jelas menceritakan isi hati Mufti Perlis yang kerajaan PH kini gagal menguruskan negara dan rakyatnya.

Eloklah jika pak mufti sudah sedar dengan kesilapannya. Bermuhasabahlah dari kesilapan dan perbaikilah negara dengan mengembalikan semula pentadbiran kepada kerajaan terdahulu yang terbukti mampu menguruskan negara dan rakyat dengan baik. – AbuLeman


ARTIKEL BERKAITAN: Peserta himpunan LGBT, cucu Mahathir 'cacat' – Mufti Perlis







Mufti Perlis menyesal sokong PH Mufti Perlis menyesal sokong PH Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 13, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...