Mesyuarat Kabinet esok tentukan perintah darurat


111 sekolah ditutup, 947 orang dirawat kesan dari toksik, 12 masuk ICU, esok baru nak meeting? Baik meeting je tahun depan. Memang PH nak semua rakyat mati kan?

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kabinet esok akan membuat keputusan sama ada pengisytiharan darurat diperlukan atau tidak susulan pencemaran bahan kimia beracun yang dikesan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata apa juga keputusan terkini berkaitan perintah darurat itu akan diketahui esok.

Katanya, mesyuarat Kabinet akan meneliti dari semua aspek termasuk hal berkaitan keselamatan penduduk dan hospitaliti.


"Kita akan membuat satu perbincangan dalam Kabinet... teliti akan usul mengenai pengisytiharan darurat itu.

"Itu tidak payah dibincangkan lagi ketika ini sebab ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. - BH




[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]













































Mesyuarat Kabinet esok tentukan perintah darurat Mesyuarat Kabinet esok tentukan perintah darurat Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 14, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...