'Pelabur Bosnia bina hospital Semenyih, kencing lagi ke?' – Najib



Sebelum PRK Cameron Highlands, Menteri PAN Khalid Samad cakap pelabur Qatar ada bertrilion nak labur dalam kereta nasional ke-3.

Masa PRK Semenyih, Menteri PPBM Redzuan Yusof cakap Bosnia nak bina hospital di Semenyih.

Agaknya giliran Afrika ke siapa akan dipakai masa PRK Rantau? - Najib Razak




KUALA LUMPUR 1 Mac - Hasrat rakyat Semenyih yang mahu sebuah hospital dibina di sini demi keselesaan dan kemudahan perubatan mereka mungkin bakal terlaksana.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, beliau telah berunding dengan sekumpulan pelabur dari Bosnia yang berminat untuk melabur dalam bidang kesihatan di negara ini.


Walaupun nama syarikat berkenaan tidak didedahkan namun dikatakan syarikat itu telah melabur dalam bidang kesihatan di serata dunia dan memiliki rangkaian hospital dengan lebih 150,000 katil.

Menurut Mohd Redzuan, pihak pelabur berkenaan berminat untuk membina sebuah hospital yang memiliki 150 katil di pinggir Kuala Lumpur dan Semenyih adalah lokasi terbaik memandangkan belum ada hospital di sana.


Selain berminat melabur dalam bidang kesihatan, Mohd Redzuan juga mendedahkan pelabur dari Bosnia itu juga mempelawa usahawan Malaysia untuk melabur dalam projek halal hub di Sarajevo.

Ujar beliau pelaburan dalam projek halal hub itu penting sebagai pintu masuk ke negara-negara di Eropah serta Rusia.


Selain itu projek halal hub itu juga boleh menjadi pemangkin kepada keperluan memenuhi kehendak pasaran halal penduduk beragama Islam di sana.

Mohd Redzuan mengulas tentang perkara ini dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


Selain itu pihak pelabur berkenaan turut menyatakan minat untuk bekerjasama dengan pelabur Malaysia yang berminat untuk berkolaborasi dalam penghasilan gelatin halal yang boleh digunakan sebagai bahan asas untuk produk halal. - UO



ARTIKEL BERKAITAN : 

#PRKSemenyih: Tiada manifesto cuma bina hospital sahaja – Calon PH

Calon PH kantoi tipu, menteri nafi bina hospital di Semenyih

‘Hari ini menang, esok saya selesaikan semua masalah Semenyih' - Calon PH

Semenyih: Calon PH tak tahu yang dia sebenanya bantai Azmin – Najib

'Mahathir nak ketuk kepada Guan Eng' – Dr Dzulkefly

Pencalonan Aiman Zainali terbatal, kempen selepas tamat tempoh

'Pelabur Bosnia bina hospital Semenyih, kencing lagi ke?' – Najib 'Pelabur Bosnia bina hospital Semenyih, kencing lagi ke?' – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 02, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...