Dewan riuh menteri bahas kereta terbang guna buluh



KUALA LUMPUR 28 Mac - Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof 'diserang' dengan isu kereta terbang ketika menjawab Perbahasan Titah Diraja Kementeriannya dalam Sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tidak sampai 10 minit baru memulakan sesinya, Mohd. Redzuan dihujani pelbagai soalan mengenai keghairahan menteri itu terhadap kereta terbang.



Ahli pembangkang yang mencelah mempertikaikan beliau kerana komitmen tersebut tidak mengatasi kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menangani masalah rakyat sejak menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perang mulut berlaku apabila kereta terbang dikatakan telah menjadi bahan jenaka dalam media sosial termasuk menggunakan teknologi buluh.



Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berkata, beliau tidak mempunyai masalah terhadap penghasilan kereta terbang, cuma mahukan penjelasan yang lebih munasabah agar tidak menjadi bahan jenaka.

"Kerana usahawan kecil menderita. Pasaran tiada dan tidak berkembang serta bantuan tidak banyak. Menteri pula tumpu kepada kereta terbang, ini yang buat rakyat marah," katanya ketika mencelah.



Mohd. Redzuan bagaimanapun menafikan kementeriannya tidak memberi tumpuan kepada kumpulan usahawan.

Sebaliknya meminta mereka yang mempersoalkan kementeriannya supaya menyelidik usaha-usaha yang sedang dilakukan Pembangunan Usahawan dan bukannya menjadikan bahan jenaka.



Beliau malah menjelaskan sesiapa sahaja jangan memperlekehkan teknologi kereta terbang atau mobiliti udara lebih-lebih lagi ia mahu dibangunkan oleh rakyat tempatan.

Katanya, menjadi tanggungjawab beliau sebagai menteri untuk merangsangkan industri baharu supaya negara tidak ketinggalan dalam perkembangan dunia pada masa ini memandangkan telah ada teknologi yang dihasilkan oleh anak Malaysia. - UO



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]



ARTIKEL BERKAITAN:


Dewan riuh menteri bahas kereta terbang guna buluh Dewan riuh menteri bahas kereta terbang guna buluh Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 28, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...