Menjawab fitnah kepada penduduk yang dihalau keluar dari PPR



Ini adalah respon saya kepada fitnah yang di lemparkan oleh Admin Penang Kia kepada 22 penduduk PPR yang dihalau keluar. Sila baca dan sebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

22 penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Georgetown diarah pindah keluar hari ini (6 Mac 2019).

Mereka memberi sebab mengapa langkah itu diambil dan sebahagian besar alasan dan tuduhan yang diberikan adalah tidak benar dan tidak tepat.


Tuduhan 1

22 penyewa ini mempunyai tunggakan sewa sehingga RM15,000. Tidak bayar sejak bermula tinggal di PPR (1990). Walaupun sewa hanya RM100 sebulan. 13 penyewa mempunyai kereta lebih dari 2 buah, membuktikan mereka golongan yang mampu.


Respon saya:

Tiada mana-mana dari 22 penyewa ini yang mempunyai tunggakkan sewa sebanyak RM 15,000 seperti yang didakwa. Ia adalah fitnah dan fakta itu jelas meleset. Bagaimana mereka boleh ada tunggakan sewa sejak tahun 1990 sedangkan mereka mula menduduki PPR Taman Manggis pada tahun 2006?

Jika mereka ada kereta hanyalah kenderaan lama sebagai keperluan urusan harian.


Tuduhan 2

9 penyewa telah dikenal pasti punyai pertambahan pendapatan sehingga RM3000 sebulan dan melepasi paras dibenarkan untuk menyewa iaitu pendapatan RM1,500 ke bawah.


Respon saya:

Syarat yang ditetapkan ini adalah syarat yang direka puluhan tahun dahulu yang sudah semestinya tidak lagi relevan pada hari ini. Kos sara hidup yang terlalu tinggi adalah mustahil bagi sesebuah keluarga untuk meneruskan kehidupan asas hanya dengan gaji RM1,500 apatah lagi jika mempunyai 8 orang anak.

Kerajaan Malaysia Baru perlu kaji semula had kelayakkan menduduki rumah PPR ini dengan gaji yang lebih munasabah mengikut keperluan sesebuah keluarga.


Tuduhan 3

5 penyewa berkahwin dengan warga asing (Bangladesh & Indonesia) telah melanggari syarat menduduki iaitu PPR hanya untuk warganegara Malaysia saja.


Respon saya:

Tiada mana-mana keluarga yang menduduki rumah PPR yang berkahwin dengan warganegara Bangladesh.

Hanya seorang sahaja yang berkahwin dengan warganegara Indonesia. Namun perkahwinan itu telah berlaku 25 tahun dahulu sebelum mereka menduduki rumah PPR itu. Individu itu juga telah lama mendapat taraf kerakyatan Penduduk Tetap.

Suaminya Penduduk Tetap, isterinya warganegara, 8 orang anaknya juga warganegara. Adakah ia tindakan yang bijak dengan mengusir 9 orang warganegara Malaysia hanya kerana terdapat seorang Penduduk Tetap di rumah PPR itu? Adakah 9 orang warganegara ini tidak layak menduduki rumah PPR itu?


Tuduhan 4

8 Penyewa didapati mempunyai rumah sendiri, tetapi menyewakan kepada orang lain.


Respon saya:

Kerajaan perlu prihatin, rumah-rumah itu telah dilepaskan dan dipindah milik kerana mereka tidak layak membuat pinjaman. Cuma kesilapan mereka tidak membuat tukaran nama dan ada sesetengah daripada mereka memberi pinjaman nama sebagai penjamin. Kesimpulan, ia hanya masalah teknikal sahaja.


Tuduhan 5

400 keluarga miskin terpaksa menunggu hampir 7 tahun untuk menyewa PPR ini.


Respon saya:

Kerajaan sepatutnya perlu membantu menyediakan rumah PPR untuk rakyat yang kurang berkemampuan. Kesilapan ini pada awalnya berpunca dari kerajaan sendiri juga apabila membatalkan pembinaan PPR fasa ke-2 10 atau 11 tahun lalu. Sepatutnya hari ini mungkin PPR fasa ke-3 di dalam pembinaan jika kerajaan benar-benar mahu membantu rakyat. Rujuk di sini.

Kerajaan perlu menyediakan lebih rumah PPR, rumah kos rendah, sewa beli dan mudahkan urusan pinjaman perbankan.


Tindakan mengusir tidak menyelesaikan masalah. Ia hanya mendatangkan satu lagi masalah baru kepada kerajaan dan keluarga yang diusir.

Adakah perlu mengusir 400 keluarga untuk menyelesaikan 400 keluarga miskin yang dikatakan telah menunggu selama 7 tahun itu? Bukankah ianya pasti tidak menyelesaikan masalah itu.


Tuduhan 6

Arahan pengosongan telah dikeluarkan sejak Oktober 2018, notis terakhir pada hari Jumaat lalu (1.3.2019).


Respon saya:

Pertama kali surat arahan mengosongkan rumah dihantar pada bulan Oktober 2018. Bagaimanapun penduduk telah menghantar surat rayuan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada bulan yang sama.

Pihak kerajaan telah menolak rayuan penduduk namun surat itu hanya dibalas pada 20 Feb 2019 iaitu 7 hari sebelum penduduk dihalau keluar dari rumah.

Mereka mengarahkan untuk mengosongkan rumah pada 27 Feb 2019 atau disita.


Pada 4 Feb 2019 penduduk berjumpa Yb Teh Lai Heng bersama pegawai perumahan bagi membincangkan masalah ini dan mereka berjanji akan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Mereka mendakwa akan membawa perkara ini dalam mesyuarat jawatankuasa. Namun sehari selepas itu pada 5 Feb 2019 rayuan penduduk terus ditolak oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Selanjutnya apa yang tuan-tuan dapat lihat pada hari ini. Mereka telah dihalau keluar dan terpaksa tidur di kaki lima Komtar semata-mata untuk menunggu pemimpin Pakatan Harapan muncul untuk berbincang dan merayu.


Tuduhan 7

Langkah tegas terhadap penduduk ini adalah pilihan terakhir yang terpaksa diambil oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kerana penduduk tetap berdegil dan tidak mahu mengosongkan premis.


Respon saya:

Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu membuat perjanjian yang munasabah dengan penduduk. Dengarlah rayuan, alasan-alasan dan masalah yang mereka hadapi. Dan itulah sememangnya tugas hakiki seorang wakil rakyat, cuba menyelesaikan masalah rakyat, bukan menambah.

Jika dahulu mereka membuat perjanjian dengan kerajaan BN, hari ini beri mereka peluang membuat perjanjian baru dengan kerajaan PH.


Berilah penduduk ini masa membaiki taraf ekonomi mereka, Jika kerajaan boleh menangguhkan janji-janji ketika PRU14 mengapa tidak memberi peluang yang sama kepada penduduk?

Sophian Md Zain
NGO SURPLUS
0164374040

Saya sedia berhujah dengan mana-mana pihak dalam isu ini. Boleh hubungi saya, asalkan yang mendapat manfaatnya adalah penduduk PPR yang diusir ini.

Menjawab fitnah kepada penduduk yang dihalau keluar dari PPR Menjawab fitnah kepada penduduk yang dihalau keluar dari PPR Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 07, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...