Terkini: MCA, MIC tiada masalah bekerjasama dengan Pas



KUALA LUMPUR: Barisan Nasional masih dalam keadaan baik kerana tiada persetujuan dicapai berhubung resolusi MCA untuk membubarkan bekas gabungan pemerintah itu, kata Timbalan Pengerusinya, Mohamad Hasan.

Beliau merujuk resolusi yang diluluskan dalam perhimpunan agung tahunan MCA pada 2 Disember lalu untuk membubarkan BN dan membentuk gabungan baru yang lebih berkesan.


Mohamad berkata, BN bersetuju menubuhkan jawatankusa teknikal bagi menyelesaikan setiap masalah disuarakan parti komponennya dan menstruktur semula operasinya menjelang pilihan raya umum ke-15.

Katanya, langkah itu akan memastikan tiada pihak diketepikan atau ada parti yang menjadi dominan.


“Umno dan MIC merasakan tidak perlu membubarkan BN,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

“Setiap pihak mempunyai ruang untuk berfungsi. Kami mempunyai ruang untuk bekerja dengan PAS. Di (pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri) Balakong, MCA mempunyai ruang menggunakan logo mereka.”


Isnin lalu, Presiden MIC, SA Vigneswaran dan Presiden MCA, Wee Ka Siong dilaporkan berkata, mereka tidak lagi yakin BN komited kepada konsep pelbagai kaum dan menggesa mesyuarat peringkat tertinggi diadakan untuk membincangkan masa depan BN, sebelum mereka meneroka “pakatan baru”.

Hari ini, Wee berkata, beliau akan membawa isu yang dibincangkan hari ini ke Jawatankuasa Pusat parti itu.


Mengenai kerjasama Umno dan PAS, Mohamad berkata, MCA dan MIC memahami ia hanya antara 2 parti itu, bukannya dengan BN.

Tetapi, katanya, kerjasama itu akan memanfaatkan BN seperti yang dilihat di PRK Cameron Highlands.


Sementara itu, Wee berkata, MCA tiada masalah bekerjasama dengan sesiapa pun, termasuk PAS, selagi kerjasama itu tidak bertentangan perlembagaan dan membawa kebaikan kepada rakyat.

Beliau dan Vigneswaran berkata, adalah jelas kerjasama Umno-PAS demi blok pembangkang dan tiada kaitan dengan parti Islam itu menyertai BN.


Vigneswaran berkata, MIC juga tiada masalah bekerjasama dengan PAS. - FMT














Terkini: MCA, MIC tiada masalah bekerjasama dengan Pas Terkini: MCA, MIC tiada masalah bekerjasama dengan Pas Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 08, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...