Maszlee sibuk main kucing di saat puluhan ribu rakyat hilang pekerjaan – Najib



Maszlee ada mood main dengan kucing lagi.

Kucing dia nak makan tuna.

Saya tidak ada dendam atau masalah dengan kucing.

Saya sendiri pencinta kucing.



Ditambah pula hari ini kita baca kira-kira 45,000 pekerja pembersihan bangunan dan kawasan sekolah di seluruh negara bakal hilang kerja?


Mereka ini dari golongan B40 yang berpendapatan cukup-cukup sahaja setiap bulan untuk beli barangan dapur dan jaga keluarga.

Sampai hati Kerajaan PH buat begini.

Kerajaan PH, Maszlee dan Lim Guan Eng sudah keterlaluan. – Najib Razak




TEMERLOH 4 Mac - Kira-kira 45,000 pekerja pembersihan bangunan dan kawasan sekolah di seluruh negara diancam hilang pekerjaan jika Kementerian Pendidikan melaksanakan format tender baharu tahun ini.

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor-Kontraktor Bumiputera Sisa Pepejal dan Pembersihan (Kosppem) negeri, Datuk Tengku Abu Nirah Tengku Ahmad berkata, format itu perlu dikaji semula bagi mengelakkan lebih ramai rakyat kehilangan pe­kerjaan.


Katanya, cada­ngan kementerian itu untuk mengurangkan jumlah pekerja mengikut format tender baharu tersebut memberi impak negatif kerana menganiaya pekerja yang majoritinya adalah Melayu.

"Di Pahang sahaja, dianggarkan terdapat 6,000 pekerja semasa yang akan dikurangkan 50 peratus, bermakna 3,000 orang kehila­ngan kerja.


"Di seluruh negara, pekerja semasa seramai 90,000 orang akan dikurangkan sebanyak 50 peratus menyebabkan 45,000 orang kehilangan punca rezeki mereka," katanya selepas Mesyuarat Agung Kosppem ne­geri di Mentakab di sini hari ini.

Menurut Tengku Abu Nirah, antara sebab kerajaan membuka ruang kepada kontraktor untuk memberi perkhidmatan pembersihan di sekolah adalah bagi membantu masyarakat kampung dan Felda mendapat pe­luang pekerjaan.


Katanya, kebanyakan mereka sudah lama berkhidmat de­ngan cemerlang tanpa masalah, malah meningkatkan keceriaan bangunan dan kawasan sekolah.

“Penswastaan Kerja pembersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) bermula pada 1994 berjaya meningkatkan kualiti keceriaan dan persekitaran sekolah di seluruh negara.


“Sepatutnya Kementerian Pendidikan mencari formula tender untuk menambah bila­ngan pekerja bukan mengurangkan secara drastik berikutan pertambahan pelajar dan bangunan,” katanya. - UO




Maszlee sibuk main kucing di saat puluhan ribu rakyat hilang pekerjaan – Najib Maszlee sibuk main kucing di saat puluhan ribu rakyat hilang pekerjaan – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...