MAS mungkin terpaksa ditutup – Tun M



KUALA LUMPUR 12 Mac - Kerajaan tidak tolak kemungkinan untuk menerima cadangan supaya Malaysia Airlines Berhad (MAS) ditutup bagi menangani masalah hutang yang ditanggung syarikat penerbangan negara itu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, isu berkaitan dengan MAS itu disifatkan sebagai perkara yang sangat serius.


Beliau berkata, bagaimanapun kerajaan perlu membuat keputusan berdasarkan beberapa pilihan.

“Untuk menutup syarikat penerbangan nasional, ia satu hal serius. Kamu ingat tak, dulu pun ada kajian tentang ini, sama ada kita patut tutup, jual atau buat penstrukturan semula kewangan.


“Kerajaan terbuka untuk mempertimbangkan semua kemungkinan ini. Ya, kita perlu membuat keputusan,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Baru-baru ini, pengasas firma perunding penerbangan Malaysia yang berpangkalan di Endau Analytics, Shukor Yusof berkata, tidak akan ada isu kapasiti jika MAS ditutup kerana kekosongannya akan diisi oleh syarikat penerbangan lain.


“MAS sepatutnya ditutup. Dalam keadaan sekarang, tiada rasional ekonomi untuk mengekalkannya. Perniagaan yang rugi tidak boleh diteruskan,” katanya memetik akhbar berbahasa Inggeris tempatan, New Straits Times.

Perkara itu dijelaskan dengan lebih lanjut oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihak pengurusan MAS bertanggungjawab untuk meneliti pilihan-pilihan tersebut termasuk saranan supaya ia ditutup.


Jelas beliau, keputusan yang bakal diambil kelak turut mengambil kita pandangan Dr. Mahathir ketika mesyuarat bersama pengurusan lembaga pengarah Khazanah, baru-baru ini.

“Tun ada memberi pandangan beliau bagaimana untuk kami menguruskan situasi MAS sekarang,” katanya.

Tambah Mohamed Azmin, MAS ketika ini memiliki enam buah pesawat A380 yang tersadai sejak beberapa tahun lalu dan berharap dapat mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.


“Satu daripada caranya adalah carted perkhidmatan baharu dari Kuala Lumpur ke Madinah di bawah program Salam untuk membawa orang Islam mengerjakan ibadah haji dan umrah,” katanya. - UO

MAS mungkin terpaksa ditutup – Tun M MAS mungkin terpaksa ditutup – Tun M Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 12, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...