Mangsa toksik gembira Bossku datang melawat



PASIR GUDANG 16 Mac - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat kemunculan yang tidak disangka-sangka malam ini apabila hadir di pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Gudang (MPPG) di sini.

Kehadiran beliau yang sedang mengadakan program selama tiga hari di negeri ini mengejutkan para petugas dan mangsa-mangsa pencemaran toksik di Sungai Kim Kim yang sedang bertugas dan mendapatkan rawatan.


Walaupun agak lewat apabila hadir pada pukul 10.30 malam, Najib tetap meluangkan masa kira-kira 20 minit beramah mesra dan bertanyakan khabar serta perkembangan mangsa.

Terdahulu lebih 100  pengikut setia beliau yang kini popular dengan jolokan Bossku menunggu kehadirannya di pekarangan stadium dan difahamkan lawatan itu pada mulanya tiada dalam jadual Najib. - UO



















[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]




















ARTIKEL BERKAITAN :
Mangsa toksik gembira Bossku datang melawat Mangsa toksik gembira Bossku datang melawat Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 16, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...