Mangsa toksik meningkat 4,035, MB Johor pula 'melancong' ke Batam



PASIR GUDANG 15 Mac - Seramai 480 mangsa baharu pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini dicatatkan setakat pukul 3 petang ini sekali gus menjadikannya jumlah terkini mangsa 4,035.

Mereka semuanya dirujuk ke pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini yang dibuka sejak pukul 8 pagi ini.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, daripada 480 mangsa itu, hanya 20 individu mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

“Sehingga pukul 3 petang ini, seramai 480 mangsa mendapatkan rawatan saringan awal di pusat saringan di Stadium Tertutup MPPG,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana di Menara Aqabah di sini sebentar tadi.


Menurutnya, pihak kontraktor yang dilantik sedang melakukan kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim melibatkan 1.5 kilometer secara keseluruhannya.

Sementara itu Menteri Besar Johor, Dato' Osman bin Sapian didapati hilang dari radar dipercayai telah menaiki feri untuk ke Batam, Indonesia.


Tindakan belot pemimpin tertinggi Johor yang meninggalkan rakyatnya ketika dilanda musibah itu disahkan dengan tularnya beberapa helaian dokumen perjalanan yang memaparkan nama beliau serta tarikh perjalanan hari ini.

Gambar Osman di Batam turut dimuat naik oleh individu di sana yang menunjukkan beliau menghadiri satu program yang tidak dapat dipastikan.  - UO/AbuLeman























ARTIKEL BERKAITAN :

Mangsa toksik meningkat 4,035, MB Johor pula 'melancong' ke Batam Mangsa toksik meningkat 4,035, MB Johor pula 'melancong' ke Batam Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 15, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...