Malindo Air tidak gunakan Boeing 737 MAX



KUALA LUMPUR 11 Mac – Malindo Air mengesahkan bahawa syarikat penerbangan itu tidak mempunyai pesawat Boeing 737 MAX dalam operasi pada masa ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy berkata, pihaknya akan berhati-hati dengan rancangan masa depan berkaitan penghantaran pesawat daripada generasi MAX.


Beliau dalam pada itu menzahirkan rasa simpati kepada mangsa insiden nahas membabitkan pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines yang terhempas ketika dalam perjalanan dari ibu kota Addis Ababa ke Nairobi, Kenya semalam.

Malindo Air mengendalikan sekumpulan 42 pesawat yang terdiri daripada 29 Boeing 737 NG dan 13 ATR72-600. - UO


ARTIKEL BERKAITAN : Dinasihatkan elak naik pesawat jenis Boeing 737 Max 8

Malindo Air tidak gunakan Boeing 737 MAX Malindo Air tidak gunakan Boeing 737 MAX Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 11, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...