'Mahathir nak ketuk kepada Guan Eng' – Dr Dzulkefly



GEORGE TOWN: Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad terbuka kepada idea mewujudkan hospital baru di Semenyih, tetapi ia bergantung kepada kelulusan perdana menteri dan Kementerian Kewangan.

Dzulkefly, yang sebelum ini mempersoalkan pembinaan hospital di kawasan DUN Semenyih, kelulusan projek seperti itu di luar kuasa kementeriannya.


“Akhirnya, ia bawah Kementerian Kewangan. Jadi, saya tidak pasti kepala siapa akan kena ketuk,” katanya.

Beliau merujuk kepada gurauan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad beliau akan ketuk kepala menteri yang menentang pembinaan hospital di Semenyih.


Cadangan tersebut dibuat oleh calon Pakatan Harapan untuk pilihan raya kecil (PRK) DUN Semenyih yang berlangsung esok, Muhammad Aiman Zainali, yang berjanji akan mengetengahkan pembinaan hospital di Semenyih sekiranya menang.

Susulan cadangan Aiman, Dzulkefly berkata, adalah lebih praktikal membina klinik di kawasan berkenaan.


Hari ini beliau memberitahu pemberita, beliau tiada membantah pembinaan klinik atau hospital di Semenyih sekiranya Mahathir dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengizinkannya.

“Ini termasuk lain-lain bahagian di Parlimen Hulu Langat atau di mana sahaja,” kata Dzulkefly kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Simposium Onkologi & Fisik Perubatan Antarabanga 2019, di sini.


Sebelum itu, beliau berkata Malaysia kekurangan pakar onkologi. Terdapat seramai 115 pakar onkologi di negara ini tahun lalu, 42 daripada mereka berkhidmat di hospital kerajaan dan bakinya di sektor swasta.

“Paling baik kalau dapat nisbah 8 ke 10 pakar onkologi untuk setiap sejuta orang.


“Kalau penduduk Malaysia sekarang 34 juta, ratio 3 atau 4 bagi setiap sejuta orang dikira sangat rendah,” katanya.

Dzulkefly juga berkata, barah punca ke-4 kematian paling tinggi di Malaysia, dengan kira-kira 37,000 kes dilaporkan setiap tahun. Jumlah ini dijangka mencapai lebih 55,000 menjelang 2030.


Katanya, dapatan ini berdasarkan laporan “Malaysian Study on Cancer Survival” yang dijalankan kementeriannya. - FMT

ARTIKEL BERKAITAN : Calon PH kantoi tipu, menteri nafi bina hospital di Semenyih

'Mahathir nak ketuk kepada Guan Eng' – Dr Dzulkefly 'Mahathir nak ketuk kepada Guan Eng' – Dr Dzulkefly Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 01, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...