Mahathir diktator, PH yang pilih dia – Hadi



Presiden PAS Abdul Hadi Awang percaya bahawa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bukan seorang diktator.

Sebaliknya, beliau berkata, Dr Mahathir seorang pemimpin yang tegas, terutamanya dalam menghadapi "kabinet yang lemah".


"Saya nak komen tentang kenyataan yang katakan Dr Mahathir diktator.

"Itu bukan diktator, itu tegas, kerana beliau dipilih secara demokratik dalam pilihan raya dan PH yang pilih dia. Bukan dia lantik diri sendiri.


"Apa yang penting ialah ketegasan. Tegas menghadapi ahli kabinet yang lemah. Itu bukan diktator, itu suatu yang perlu bagi pemimpin perlu tegas menghadapi ahli kabinet yang lemah,"" kata Abdul Hadi kepada pemberita di parlimen hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nurul Izzah yang dilapor media Singapura yang antara lain menyifatkan Dr Mahathir sebagai "bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan".


Dalam wawancara itu, Nurul Izzah menyatakan kekecewaan dengan kemasukan bekas wakil rakyat Umno dalam PH, selain mengeluh tentang usaha menguatkan golongan moderat yang menurutnya tidak cukup.

Nurul Izzah kemudian menyentuh tentang pengalaman bekerjasama dengan Dr Mahathir, yang satu ketika dulu merupakan seteru ayahnya, Presiden PKR Anwar Ibrahim.


"Bekerjasama dengan bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan bukan saja kepada hidup kami, tapi juga sistem (pentadbiran negara). Ia bukan sesuatu yang mudah," kata Nurul Izzah.

Kenyataan Nurul Izzah itu mengundang kritikan terhadapnya, selain menyebabkan pemimpin politik lain saling sindir-menyindir.


Susulan itu, Dr Mahathir membalas kenyataan ahli parlimen Permatang Pauh itu dengan menzahirkan rasa kecewa dengan prestasi PH.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pula berkata pihaknya akan berjumpa dengan Nurul Izzah bagi mendapatkan penjelasan.


Sementara itu, berhubung perkembangan lain, Abdul Hadi enggan menamakan pemimpin Amanah yang sebelum ini didakwanya mengaku bahawa parti komponen PH itu menjadi alat kepada DAP.

"Rakyat melihat sendiri, tak perlu saya hukum," katanya.


Abdul Hadi dalam ceramahnya di Kota Bharu Ahad lalu berkata Amanah diwujudkan semata-mata untuk menjadi alat kepada strategi DAP yang mahu menyekat pengaruh dan peluang PAS pada PRU-14.

"Ini bukan saya kata. Pemimpin dalam PH sendiri kata tapi saya tak nak sebut siapa nama dia.


"Pemimpin ini akui sendiri bahawa Amanah ini parti alat semata-mata," katanya. - MK


Mahathir diktator, PH yang pilih dia – Hadi Mahathir diktator, PH yang pilih dia – Hadi Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 26, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...