Lokman Adam koyak poster macai PH ganggu program Bossku



KUALA LUMPUR 22 Mac - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam meleraikan provokasi yang dilakukan beberapa pihak semasa program Sembang Santai Bersama Bossku di Restoran Amjal, di sini hari ini.

Ketika kejadian, beberapa individu dilihat menaikkan poster berbentuk provokasi kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi tetamu dalam program itu.



Antara poster yang dinaikkan adalah lakaran grafik Najib menyerupai badut dan plakad 'Tangkap Najib' serta 'Pulangkan Duit Rakyat'.

Provokasi tersebut dileraikan setelah Lokman dan beberapa jawatankuasa majlis lain turun dan meminta kumpulan tersebut balik.



Lokman turut mengoyakkan poster gambar badut Najib dan berlaku pergelutan sebelum individu-individu tersebut beredar.

Utusan Online akan cuba mendapatkan komen Lokman selepas program tamat. - UO





Program bekas perdana menteri Najib Razak hari ini menyaksikan insiden pergelutan antara penyokongnya dan pelajar Universiti Malaya (UM).

Kejadian itu berlaku ketika Najib sedang berucap dalam program santai di Restoran Amjal yang terletak di hadapan UM.



Sekumpulan enam hingga lapan pelajar sebelum itu berkumpul di seberang jalan berhampiran tempat program dan menjeritkan slogan "penipu" dan "mana RM2.6 bilion" sambil memegang plakad yang antara lain berupa gambar badut yang menyerupai Najib.

Susulan itu, penyokong Najib menghampiri mereka dan mengoyakkan plakad yang dipegang pelajar dan seterusnya berlaku pergelutan.



Salah seorang pelajar turut dilihat dicekik dari belakang sebelum dikerumuni individu lain.

Dalam klip rakaman video pemberita, turut kelihatan mengoyakkan plakad adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam.



"Kita tak peduli, tapi bila dia guna gambar Najib, itu gambar bos kita. Hak kitalah kita nak ambil gambar tu, nak koyak kan ke, kan?" kata Lokman dalam klip video itu.

Malaysiakini difahamkan pelajar yang dicekik merupakan Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany), Wong Yan Ke.



Pergelutan dileraikan dengan kumpulan pelajar berkenaan berundur namun penyokong Najib masih terus mengekor mereka.

Beberapa ketika kemudian, polis tiba dan dilihat membawa kumpulan pelajar meninggalkan kawasan itu dengan kenderaan polis.



Malaysiakini berjaya menghubungi Wong dan dimaklumkan bahawa dia dan rakan-rakannya dibawa ke Balai Polis Pantai Dalam.

"Kami dibawa ke balai polis kerana polis kata mahu melindungi kami, bukan untuk siasat," katanya.



Semalam, Malaysiakini melaporkan pengurusan Masjid Ar-Rahman, UM membuat laporan polis berhubung program melibatkan Najib yang dikatakan akan diadakan di masjid itu hari ini, atas alasan bimbang perkara tidak diingini berlaku.

Najib melalui kenyataan di Facebook bagaimanapun menafikan beliau mempunyai sebarang program di masjid itu.



Masjid Ar-Rahman terletak kira-kira 400 meter dari Restoran Amjal.

Untuk rekod, Restoran Amjal yang terletak di Jalan Pantai Baharu, sinonim dengan program pembangkang sejak sebelum pertukaran kerajaan pusat. - MK


"Ingat berani sangat sekali Lokman Adam datang koyak poster berterabur lari macai PH... Bodoh!.."











[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]












Eja 'rakyat' pun salah. Bodoh!












Lokman Adam koyak poster macai PH ganggu program Bossku Lokman Adam koyak poster macai PH ganggu program Bossku Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 22, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...