Lokman Adam koyak kain rentang wajah rosmah #MaluApaBossku


Kesusahan rakyat tak akan hilang dengan lawak bodoh PH pasal Rosmah..

PRK SEMENYIH | Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Adam mengoyak kain rentang yang memaparkan wajah isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor.

Terdahulu, kekecohan berlaku di pusat pengundian Sesapan Batu Rembau di antara penyokong BN dan PH ekoran kemunculan kain rentang itu.


Kain rentang itu turut disertakan dengan slogan 'malu apa bossku' yang dipopularkan suami Rosmah, Najib Razak, selain ayat yang dilihat berbaur provokasi: "Siapa boss? Aku lah boss.. Ingat Najib ke?"

Ketika wartawan tiba di kawasan berhampiran, berlaku pergaduhan kecil namun berjaya ditenangkan.


Selepas beberapa ketika, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiba untuk menurunkan kain rentang itu, namun dihalang penyokong PH. 

Difahamkan, petugas SPR membuat keputusan tidak menurunkan kain rentang itu atas faktor keselamatan, namun akan akan membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.


Tidak lama kemudian, Lokman tiba dan terus mengoyak kain rentang itu. Keadaan sedikit tegang, namun terkawal.

Selain larangan merayu undi pada hari pengundian, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 turut melarang mana-mana pihak bagi mana-mana calon atau parti politik untuk berkempen menentang mana-mana calon atau parti politik dengan sebarang cara. - MK



















Lokman Adam koyak kain rentang wajah rosmah #MaluApaBossku Lokman Adam koyak kain rentang wajah rosmah #MaluApaBossku Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 02, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...