[LIVE] Set Pol PM hadir selesaikan masalah penduduk PPR yang dihalau



Sebentar tadi dikatakan seorang Set Pol kepada Perdana Menteri telah hadir ke Komtar untuk menemui pemimpin DAP berhubung pengusiran penduduk PPR Taman Manggis.

Ramai yang tertanya-tanya adakah dengan kehadiran set pol ini mampu menyelesaikan masalah penduduk di sini?



Jika set pol itu mampu membantu menyelesaikan masalah penduduk PPR itu, ini membuktikan Perdana Menteri lebih berkuasa dari DAP.

Ia juga merupakan satu mesej kepada DAP walau kerusi PPBM sedikit ia tidak bermakna Mahathir lemah. Jadi jangan cuba mencabar kuasa Perdana Menteri dan orang Melayu.



Tetapi jika kehadiran set pol ini tidak mampu mengubah apa-apa, tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk PPR yang diusir ini, Malaysia akan menyaksikan yang DAP lebih berkuasa dari Perdana Menteri.

Apakah yang akan berlaku? Kita tunggu sama-sama. Tonton Part 9 dan 10 untuk keterangan lebih lanjut. - AbuLeman





PULAU PINANG 7 Mac - Masalah yang menimpa penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Georgetown serta penduduk di Tanah Wakaf Abdul Cauder, Jalan Mengkuang, Butterworth hari ini mendapat perhatian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir yang kini berada di Manila menerusi Twitter memaklumkan beliau telah mengarahkan pegawai untuk meninjau masalah yang dihadapi penduduk terlibat.



Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya berkata, dia yakin masalah-masalah tersebut akan dapat diselesaikan dengan segera.

"Pada saya tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan, saya datang dengan kapasiti sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri jadi semua pihak kena faham.



"Saya akan berjumpa dengan semua pihak terlibat iaitu kerajaan negeri, penyewa, Bahagian Perumahan, penduduk dan lain-lain kerana mahu mendapatkan sumber maklumat yang sahih," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjong di sini hari ini.

Menurut Abu Bakar pada masa ini semua pihak perlu memberikan kerjasama bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.



"Selepas meninjau keadaan penyewa di PPR Taman Manggis saya akan ke Tanah Wakaf Abdul Cauder, Jalan Mengkuang pula bagi mendapatkan maklumat sebenar apa yang berlaku.

"Kita ada biro kebajikan kerajaan yang boleh membantu mereka yang terlibat cuma ia bergantung sama ada mereka mahu menerima bantuan atau tidak," katanya.



Bagaimanapun, kira-kira 8 malam selepas Abu Bakar meninjau keadaan penyewa PPR Taman Manggis di perkarangan Komtar keadaan menjadi tegang apabila penyewa terlibat mendakwa Abu Bakar gagal menyelesaikan masalah mereka.

Penyewa cuba menyekat kenderaan yang membawa keluar Abu Bakar dari Komtar namun keadaan berjaya ditenangkan dengan kehadiran pihak polis.



Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Shameer Sulaiman yang turut berada di lokasi bagi meninjau keadaan penyewa di situ turut terpaksa dibawa keluar dari kawasan Komtar dengan bantuan pihak polis.

Setakat pukul 8 malam, penyewa masih berkumpul di perkarangan Komtar untuk mendesak kerajaan negeri menyelesaikan masalah mereka. - UO | Lihat video Part 10.



ARTIKEL BERKAITAN :

[LIVE] Penduduk PPR dihalau pihak berkuasa Pulau Pinang

Fakta PPR Taman Manggis yang PH sorok dari rakyat





Part 1




Part 2




Part 3





Part 4




Part 5




Part 6




Part 7




Part 8




Part 9
Part 10
[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]



































[LIVE] Set Pol PM hadir selesaikan masalah penduduk PPR yang dihalau [LIVE] Set Pol PM hadir selesaikan masalah penduduk PPR yang dihalau Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 07, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...