[LIVE] Penduduk PPR dihalau pihak berkuasa Pulau Pinang



Pagi ini puluhan keluarga dihalau keluar dari rumah PPR di Taman Manggis Pulau Pinang walaupun tanpa waran atau perintah mahkamah.

Mereka diseret keluar, pintu rumah dikunci, bapa yang tidak mengikut kehendak pihak berkuasa ditahan, anak-anak menangis tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.



Yang dikesalkan, penguatkuasa yang hadir juga adalah orang Melayu yang mengikut telunjuk pemimpin kafir dalam menghalau penduduk-penduduk.

Saksikanlah kekejaman Pakatan Harapan yang telah mendapat kuasa ini.





PULAU PINANG 6 Mac - Perhimpunan kira-kira 22 penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Georgetown di sini bagi membantah arahan pengosongan unit masing-masing bertukar kecoh apabila pegawai Bahagian Perumahan kerajaan negeri bertindak mengunci rumah-rumah penyewa terlibat hari ini.

Perhimpunan tersebut yang bermula secara aman kira-kira pukul 10 pagi bagi merayu kerajaan negeri memberi peluang kepada mereka untuk tinggal di rumah tersebut kemudiannya bertukar ‘panas’ selepas kedatangan pegawai Bahagian Perumahan kerajaan negeri kira-kira pukul 10.30 pagi di PPR berkenaan.



Penyewa termasuk ahli keluarga yang berada di kawasan parkir PPR berkenaan untuk berhimpun kemudiannya bertindak berdiri di hadapan rumah masing-masing bagi menghalang pegawai perumahan mengunci serta menyita rumah mereka.

Difahamkan, lapan penyewa telah mendapat notis untuk mengosongkan rumah tersebut bermula hari ini namun masih enggan berpindah dan rumah mereka telah dikunci oleh pegawai Bahagian Perumahan kerajaan negeri hari ini.



Kesemua mereka diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing selepas hilang kelayakan menduduki rumah PPR termasuk melebihi kemampuan, mempunyai rumah lain dan berkahwin dengan warga asing.

Seorang penyewa, Nazrimah Jamal Abidin, 44 berkata, dia mempunyai lapan orang anak berusia 24 hingga empat tahun dan empat daripanya masih bersekolah.



“Saya sedar suami merupakan warga asing (Penduduk Tetap), tetapi kami telah tinggal di sini sejak 14 tahun yang lalu dan pada ketika itu tidak ada masalah untuk kami menyewa di sini.

“Saya tidak bekerja dan suami hanya bekerja sebagai buruh kontrak dengan pendapatan harian, kami tak mampu cari rumah sewa lain,” katanya di sini hari ini. - UO



ARTIKEL BERKAITAN :

[LIVE] Penduduk PPR dihalau pihak berkuasa Pulau Pinang

Fakta PPR Taman Manggis yang PH sorok dari rakyat

[LIVE] Set Pol PM hadir selesaikan masalah penduduk PPR yang dihalau

TERKINI: Set Pol PM lari ketakutan dari penduduk PPR



Part 1




Part 2




Part 3





Part 4




Part 5




Part 6




Part 7




Part 8




Part 9
[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]



































[LIVE] Penduduk PPR dihalau pihak berkuasa Pulau Pinang [LIVE] Penduduk PPR dihalau pihak berkuasa Pulau Pinang Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 06, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...