Lelaki ini minta viralkan videonya dilarang solat ketika bekerja



Video seorang individu lelaki hari ini tular apabila beliau dengan secara beraninya berhenti kerja sekaligus mendedahkan syarikat di mana tempatnya bekerja itu melarang orang Islam untuk menunaikan solat.

Dari rakaman video itu, dapat dilihat secara jelas nama syarikat tempatnya berkerja iaitu Syarikat Tiong Joo (Johor) Sdn Bhd yang terletak di Taman Mount Austin melakukan perniagaan mengedar gas dan alat kimpalan.



Majikan lelaki itu melarang untuk menunaikan solat Jumaat dan mengarahkannya untuk berhenti kerja jika mahu menunaikan solat.

"You kalau semayang punya orang, you berenti, saya kasi gaji you jalan," menurut lelaki itu.



Ketika lelaki itu sedang merakamkan pendedahannya, beliau hampir dipukul dengan kayu oleh majikannya.

Terdapat seorang lagi pekerja lelaki Melayu beragama Islam yang sedang melakukan kerjanya dipercayai juga dihalang untuk menunaikan solat,



Akta Kerja 1955 menggariskan bahawa pekerja yang beragama Islam seharusnya dibenarkan untuk menunaikan solat sekurang-kurangnya 20 minit bagi setiap waktu solat dan 1 jam 30 minit bagi solat Jumaat.

Pihak majikan pula hendaklah memberi pelepasan kepada pekerja yang beragama Islam untuk menunaikan solat



Bahkan di bawah akta yang sama, selain pelepasan waktu, pihak majikan juga perlu menyediakan kemudahan tempat untuk menunaikan solat di tempat kerja.

Lelaki itu meminta jasa baik orang ramai untuk menularkan pendedahannya itu sehingga syarikat seperti ini dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. - AbuLeman



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]




Lelaki ini minta viralkan videonya dilarang solat ketika bekerja Lelaki ini minta viralkan videonya dilarang solat ketika bekerja Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 22, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...