Lelaki berpayudara bukan mental, 'stim' dadah rupanya


Sejak PH ambil alih, makin ramai LGBT gila terlepas dalam negara

KUALA LUMPUR 14 Mac.- Seorang lelaki berperwatakan wanita yang tular di media sosial semalam kerana berbogel berhampiran pusat beli belah di Bukit Bintang di sini didapati tidak mengalami masalah mental.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pihak Hospital Kuala Lumpur hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap lelaki warga Filipina itu.

Menurutnya, hasil soal siasat mendapati lelaki tersebut berhalusinasi selepas dikatakan makan pil khayal yang diberikan oleh seorang pelanggannya sebelum kejadian.


“Lelaki tersebut kita tahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Dia dikatakan tinggal di negara ini sejak dua tahun lalu dengan dokumen perjalanan tamat tempoh dan dia juga dipercayai telah bekerja sebagai pelayan pelanggan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Semalam, tular di laman sosial dua video berdurasi 16 dan 44 saat dimuat naik merakamkan aksi lelaki itu dilihat berjalan dan berlari di pembahagi jalan di lokasi terbabit.

Malah, dia turut dilihat menari sambil memegang kemaluan dan cuba melintas jalan di lokasi berkenaan selain memanjat sebuah kereta di lokasi berkenaan. - UO


ARTIKEL BERKAITAN: KECOH: Lelaki berpayu dara bogel di Bukit Bintang

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Lelaki berpayudara bukan mental, 'stim' dadah rupanya Lelaki berpayudara bukan mental, 'stim' dadah rupanya Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 14, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...