KECOH: Lelaki berpayu dara bogel di Bukit Bintang



KUALA LUMPUR 13 Mac- Seorang individu dikesan berbogel sambil melakukan aksi lucah di hadapan sebuah pusat beli belah di sekitar Jalan Imbi berhampiran persimpangan lampu isyarat Bukit Bintang di sini hari ini.

Aksi lelaki dipercayai warga asing yang tidak berpakaian itu dirakam orang ramai sehingga tular dalam media sosial.



Dalam video itu menunjukkan lelaki terbabit baring di atas jalan sebelum berdiri atas sebuah kereta dan kemudian menuju ke arah kereta lain.

Lelaki itu dilihat menuju ke tepi dan tengah jalan serta ke arah tiang lampu lalu melakukan aksi lucah.



Difahamkan, orang ramai yang melihat kejadian berkenaan kemudian memaklumkannya kepada pihak polis dan lelaki dipercayai kurang siuman itu ditahan serta dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan selanjutnya.- UO



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

KECOH: Lelaki berpayu dara bogel di Bukit Bintang KECOH: Lelaki berpayu dara bogel di Bukit Bintang Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 13, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...