MELAKA: Lebih 3,000 umat Islam bantah hina Nabi



MELAKA 3 Mac - Lebih 3,000 umat Islam turun beramai-ramai pada perhimpunan aman membantah penghinaan ke atas Nabi Muhammad di Dataran Pusat Transformasi Bandar (UTC) Jalan Tan Chay Yan di sini, malam tadi.

Perhimpunan Ummah Melaka Bantah Penghinaan Nabi Muhammad anjuran Pembela Ummah Melaka itu turut menggabungkan UMNO dan Pas Melaka selain disertai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai.


Terdahulu, orang ramai berkumpul di Masjid Kampung Hulu untuk bersama-sama menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah sebelum berarak beramai-ramai menuju ke Dataran UTC.

Pengerusi Pembela Ummah Melaka yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, kehadiran ribuan umat Islam menyokong perhimpunan itu merupakan isyarat jelas rasa ketidakpuasan hati umat Islam di seluruh negara.


Menurutnya, orang ramai tidak berpuas hati dengan keputusan diambil Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dan Peguam Negara, Tommy Thomas dalam menangani isu beberapa individu yang bersikap biadab memperlekeh agama Islam dan Nabi Muhammad.

“Individu yang melakukan perkara ini jelas melanggar syarat Islam sebagai agama Persekutuan dan sepatutnya, Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara patut bertindak pantas terhadap pihak yang menghina agama Islam serta Nabi Muhammad tetapi ia tidak berlaku.


“Kita bimbang jika perkara ini tidak ditangani dengan betul, lebih ramai individu akan melakukan perkara sama sekali gus mencabar kesabaran orang Islam yang selama ini sangat bertoleransi dengan agama-agama lain.

“Justeru, perhimpunan ini adalah isyarat jelas yang umat Islam telah bangkit membantah pihak yang cuba memperkecilkan agama Islam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perhimpunan itu, di sini, malam tadi.


Yang turut hadir, Presiden Pemantau Malaysia Baharu (PMB), Datuk Lokman Noor Adam dan Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamaruddin Sidek. - UO

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]










MELAKA: Lebih 3,000 umat Islam bantah hina Nabi MELAKA: Lebih 3,000 umat Islam bantah hina Nabi Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 03, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...