KURANG AJAR: Melayu 'bastard', 'bloody fool' – Ahli Majlis MBMB



Satu video tular di mana kelihatan lebih 20 orang Melayu sedang mengepung seorang Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dipercayai telah menghina orang Melayu di Melaka.

Ahli Majlis MBMB, Ng Leong Chye dikatakan telah membuat beberapa penghinaan terhadap orang Melayu Ayer Molek dan Bukit Lintang dengan pelbagai perkataan yang biadab seperti 'bastard' dan 'bloody fool'.



Di dalam video kelihatan orang Melayu sudah mula marah-marah dan menengking-nengking Ahli Majlis itu.

Bagaimanapun menerusi video yang berdurasi 2 minit 50 saat itu tidak diketahui samada Ahli Majlis itu diapa-apakan atau penduduk sekadar melepaskan geram dengan hanya berkonfrontasi.



Difahamkan laporan polis oleh wakil penduduk Ayer Molek telah dibuat ke atas kebiadapan Ng Leong Chye.

Namun sehingga kini masih tidak ada apa-apa berita perkembangan tentang penangkapan Ahli Majlis itu.



Sebelum ini Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo beberapa kali telah ditahan kurang dari 24 jam apabila laporan dibuat kepada pihak polis dengan tuduhan mengeluarkan kata-kata yang provokasi.

Semalam, seorang pengokong Pakatan Harapan (PH) yang mungkin mempunyai masalah mental, Jufazli Shi Ahmad juga ditahan kerana memaki Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhammad di facebook live.



Netizen mula mempersoalkan kerajaan PH yang dilihat seolah-olah memberi keistimewaan kepada pemimpin dan penyokong DAP yang telah melakukan kesalahan yang sama tetapi tidak ditangkap atau dikenakan sebarang hukuman.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini juga telah mengeluarkan kenyataan hasutan bahawa kerjasama antara Umno dan Pas adalah pengisytiharan perang terhadap kaum bukan Melayu yang juga masih tiada apa-apa tangkapan dan hukuman ke atasnya. – AbuLeman



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]




KURANG AJAR: Melayu 'bastard', 'bloody fool' – Ahli Majlis MBMB KURANG AJAR: Melayu 'bastard', 'bloody fool' – Ahli Majlis MBMB Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 17, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...