Khazanah rugi RM6.3 bilion, Azmin suruh rakyat lupakan – Najib



Selepas nilai aset bersih Khazanah jatuh RM25 bilion pada tahun lepas, Azmin Ali menyeru Rakyat Malaysia untuk lupakan isu ini sahaja.

Dia kata kita tidak patut tuding jari lagi.



Dia nak "move on" pulak. Jangan main "blame game" pulak. Ok, saya akan try lupakan...

Tetapi saya tak pasti Rakyat akan senang untuk lupakan kejatuhan nilai Khazanah sebanyak RM25 bilion, kerugian RM6.3 bilion iaitu kerugian pertama dilaporkan sejak tahun 2005, ataupun berbilion-bilion aset miliknya yang telah dijual selepas PH mengambil alih.


RM25 bilion sudah lesap dalam masa satu tahun sahaja, senang-senang dia panggil orang untuk lupakan begitu sahaja.

Satu lagi yang saya nak tanya ialah mengapa masih mahu paksa Khazanah untuk bayar dividen RM1.5 bilion lagi kepada Kementerian Kewayangan untuk tahun lepas sedangkan mereka telah rugi besar? –




Khazanah Nasional.

Untung/Rugi:

2008 - Untung RM 128 juta
2009 - Untung RM 791 juta
2010 - Untung RM 2.1 bilion
2011 - Untung RM 5.3 bilion
2012 - Untung RM 2.1 bilion
2013 - Untung RM 3.1 bilion
2014 - Untung RM 3.2 bilion
2015 - Untung RM 1.2 bilion
2016 - Untung RM 1.6 bilion
2017 - Untung RM 2.9 bilion

2018 - Rugi RM 6.3 bilion.



Nilai Aset Khazanah

2016 - RM102.1 bilion
2017 - RM116 bilion
2018 - RM91 bilion



Azmin kata nilai Khazanah turun RM25 bilion untuk tahun 2018 kerana MAS rugi RM3 bilion.

"Salah BN dan Najib" kata dia.

Lepas tu, dia kata lupakan sahaja isu ini.

Move on.




Khazanah rugi RM6.3 bilion, Azmin suruh rakyat lupakan – Najib Khazanah rugi RM6.3 bilion, Azmin suruh rakyat lupakan – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 06, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...