Pemuda Umno: 'Ketua Armanja' bukan hanya hati tisu, badan pun tisu



PRK SEMENYIH | Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menyelar pendakwaan ke atas penulis blog Papagomo dan menyindir Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana menyifatkan undang-undang yang digunakan untuk pendakwaan itu selalunya hanya melibatkan 'pondan'.

"Satu Seksyen itu, 509, tak pernah pun dikenalkan ke atas mana-mana individu lelaki. Kebiasaannya, kata peguam, Seksyen itu selalunya orang dakwa apabila orang wanita ataupun pondan yang terasa dihina.


"Biasanya (ia digunakan oleh) mereka yang selalunya mengadu dan didakwa orang yang menghina kaum wanita dan pondan.

"Inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia, seorang lelaki, kalau dia lelakilah, didakwa (menjadi mangsa) di bawah Seksyen ini," kata Asyraf dalam ceramah di Taman Semenyih Indah, semalam.


Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang merupakan exco Pemuda Umno dikenakan dua dakwaan susulan tuduhan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq mendakwa dia menyerangnya pada hari penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Semenyih.

Papagomo didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaib dengan menggunakan perkataan 'ko bodoh' dan Seksyen 323 kerana mendatangkan kecederaan terhadap Syed Saddiq.


Sementara itu, Asyraf juga menyifatkan Syed Saddiq yang merupakan ketua Pemuda Bersatu sebagai 'hati tisu' kerana mendakwa moralnya terjejas dengan ungkapan 'ko bodoh' yang diucapkan Papagomo.

"Saya tak sebut Armada, Armanja.

"Saudara Muhammad Azri dikatakan memegang bahu yang telah mencederakan Syed Saddiq, yang dikatakan, tisu-tisu badannya cedera.


"Maknanya selepas ini berhati-hati, kalau kes ini sudah sampai mahkamah, jangan sesiapa mudah mudah nak pegang bahu sesiapa, nanti mana tahu ada dalam kalangan kita yang tisu-tisu mudah tercedera.

"Dakwaan yang kedua itu menyatakan menteri ini diaibkan dengan perkataan bodoh. Kita menjejaskan moral dia.


"Jadi, rupa-rupanya, menteri belia sukan ini hati dia tisu, bukan sahaja hatinya tisu, badannya pun tisu," kataya.

Armada merupakan nama lain bagi Pemuda Bersatu, sementara istilah hati tisu sering digunakan untuk merujuk seseorang yang terlalu sensitif.


Untuk rekod, Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang diperuntukkan bagi "Perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang."

Perkataan "seseorang" dalam Seksyen itu sebelum ini menyebutkan perkataan "wanita", namun dipinda sedemikian pada 1989.


Naib Presiden PKR Tian Chua pernah disabitkan bersalah di bawah Seksyen 509 kerana mengaibkan kehormatan pegawai polis dengan menggunakan undkapan "polis bodoh" pada 2014.

Selain itu, peguam Siti Kasim dijangka akan didakwa di bawah Seksyen sama susulan tindakannya menunjukkan hari tengah pada khalayak di sebuah forum pada 2016. Bagaimanapun, arahan untuk mendakwa Siti Kasim ditarik semula.


Seksyen 509 itu menyatakan: "Barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat, atau menunjukkan apa-apa benda, dengan maksud supaya perkataan atau bunyi itu didengar, atau supaya isyarat atau benda itu dilihat oleh seseorang itu, atau mengganggu kesantunan seseorang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya."


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]



ARTIKEL BERKAITAN :

Syed Saddiq sengaja turun di kawasan BN cetus provokasi – Saksi

Bukan cekik, saya cuba melindungi Syed Saddiq je – Papagomo

TERKINI: Syed Saddiq hilang kelayakan Ahli Parlimen akibat laporan palsu dicekak Papagomo

LAPORAN PALSU: Papagomo lapor polis, saman fitnah Syed Saddiq

Letak tangan dibahu Syed Saddiq, Papagomo direman 3 hari

Polis sahkan Papagomo tak serang Syed Saddiq

Bila nak siasat laporan palsu Syed Saddiq? – Najib Razak

Laporan palsu, Papagomo gesa polis siasat Syed Saddiq

Papagomo didakwa di mahkamah kerana menyebabkan Syed Saddiq melecet

Papagomo didakwa kerana sebut 'bodoh' kepada Syed Saddiq

Kes isyarat lucah Siti Kasim gugur, Papagomo sebut bodoh didakwa

Pemuda Umno: 'Ketua Armanja' bukan hanya hati tisu, badan pun tisu Pemuda Umno: 'Ketua Armanja' bukan hanya hati tisu, badan pun tisu Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 01, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...